X-Factor (kumpulan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan X-Factor)
X-Factor
Berasal dariSarawak Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia Malaysia
GenreR&B
PekerjaanVokal / Pemuzik
InstrumenVokal
Tahun aktif1999–2009
Syarikat rakaman
KRU Records
Bekas ahli(Fendi) Syed Affendi Syed Ibrahim
(Zack) Zachery Francis Ubu
(Shah) Iwan Shah Azhar
(Danny) Mohd Kardanie Anwa
(Ivarn) James Vernon Burge

X-Factor merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kumpulan X-Factor merupakan kumpulan penyanyi lelaki pertama diambil oleh KRU Records. Pada tahun 1999, 5 orang jejaka dipilih selepas menjalani ujibakat selama setahun.

Kumpulan X-Factor mula pertama kali muncul dengan berduet dengan kumpulan ELITE dalam lagu Bertuah dari album Idola. Kebanyakan anggota X-Factor telah pun bekerja sepenuh masa. Danny, anggota yang bekerja sepenuh masa dlm industri hiburan, sekarang terbabit dalam industri perfileman.

Album pertama, X-Factor, dilancarkan pada April 2000, mengandungi hit. Single pertama: Sehangat Api. Diikuti oleh lagu hit seperti 7231564, sehingga ke akhir hayatku, kau tetap nombor satu, tiada sesempurnamu dan sebagainya.

Ivarn memeluk agama Islam, menukar nama ke Hafiz. Pada acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian edisi tahun 2000, mereka dicalonkan untuk kategori Penyanyi Duo/Kumpulan Popular (ABPBH)

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Kumpulan X-Factor terdiri daripada :-

  1. (Fendi) Syed Affendi Syed Ibrahim.
  2. (Zack) Zachery Francis Ubu.
  3. (Shah) Iwan Shah Azhar.
  4. (Danny) Mohd Kardanie Anwa.
  5. (Ivarn) James Vernon Burge.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • X-Factor (2000)
  • X2 (2003)

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Tak Sanggup
  • Sehangat Api
  • Sehingga Ke Akhir Hayat
  • 725 1364
  • Masih Mencari

Trivia[sunting | sunting sumber]

1.Ivarn meninggalkan X Factor dan tempatnya digantikan oleh dua anggota dari kumpulan Phyne Ballerz yang kebetulan bernaung dibawah label sama.

2.Danny dan Zack melibatkan sepenuhnya dalam industri lakonan selepas X Factor tidak aktif , sementara itu pada 2002 Danny bekerja sebagai Pramugara Malaysia Airlines namun hanya sempat selama 2 tahun sebelum berhenti dan aktif dunia seni.


3.Filem Diari Romeo hanya Zack dan Fendi sahaja terlibat kerana Zack bawa watak Johan Travolta manakala Fendi bawa watak sebagai Jay .


4.X Factor dijemput sebagai tetamu sempena konsert ulang tahun KRU pada 2011 tetapi hanya Zack,Danny,Fendi sahaja hadir.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]