Pergi ke kandungan

Sabasun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sabasun Hyperuncit)
Sabasun
IndustriPeruncitan
Ditubuhkan2 April 1995; 29 tahun yang lalu (1995-04-02) (sebagai Sabasun Sdn Bhd)
1999; 25 tahun yang lalu (1999) (sebagai Sabasun Hyperuncit Sdn Bhd)
Ibu pejabatKuala Terengganu, Malaysia
Kawasan perkhidmatanTerengganu
Tokoh pentingChe Salmi Che Ibrahim, pengasas
KeluaranMakanan dan pelbagai barang
Syarikat indukSabasun Hyperuncit Sdn Bhd
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sabasun Hyperuncit (digayakan sebagai SABASUN HYPErRUNCIT) ialah sebuah rangkaian pasar raya runcit di Terengganu, Malaysia. Ia ditubuhkan pada 2 April 1995 di Terengganu dan menjual 350 barangan syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana.[1]

Setakat Jun 2024, syarikat berkenaan mempunyai enam cawangan iaitu di Bukit Kecil, Kuala Terengganu; Wakaf Tembesu di Kuala Nerus; Kijal, Ajil dan Cheneh di Kemaman serta sebuah cawangan di luar Terengganu iaitu di Kampung Baru, Kuala Lumpur.[2]

Rangkaian pasar raya ini mengamalkan konsep halalan tayyiban (halal dan bersih), bermilikan bumiputera dan menggunakan pekerja tempatan secara keseluruhannya.[3]

Isu-isu[sunting | sunting sumber]

Boikot barangan berkaitan Israel[sunting | sunting sumber]

Rangkaian pasar raya juga memutuskan untuk memboikot sepenuhnya dan tidak lagi menjual sebarang produk berkaitan atau barangan yang memberikan keuntungan kepada Israel bermula Mac 2024.[4].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Salim, Zaid (2024-06-04). "Che Salmi Sabasun meninggal dunia akibat kanser". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-06-04.
  2. ^ MOKTAR, NURFARDLINA IZZATI (2024-06-04). "Pengarah Urusan Sabasun meninggal dunia akibat kanser". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-06-04.
  3. ^ "Sabasun Lambang Kejayaan Anak Melayu Tempatan". TRDI. 19 Ogos 2020.
  4. ^ YATIM, NORHASPIDA (2024-02-20). "Sabasun boikot sepenuhnya produk berkaitan Israel bermula Mac". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-06-04.