Castor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Beaver)

Castor
Julat zaman: 24–0 Ma
Lewat Miosen – Kini
Castor canadensis
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Castor

Linnaeus, 1758
Spesies

C. canadensis
C. fiber
C. californicus

Castor ialah genus rodensia besar dalam keluarga Castoridae yang ditemukan di habitat-habitat sungai dan tasik Hemisfera Utara. Ia mempunyai dua spesies iaitu Castor canadensis di Amerika Utara dan Castor fiber di Eurasia.[1] Spesies-spesies haiwan dalam genus ini berbadan katik dengan kaki seperti kaki itik dan ekor yang pipih.[2]

Ia membina empangan semulajadi yang menggenang air membentuk kolam sebagai perlindungan daripada pemangsa dan bersarang di tengah kolam ini.[3]

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Carl Linnaeus memberi nama genus Castor pada tahun 1758 untuk spesies C. fiber yang duduk di Eropah[4] daripada perkataan bahasa Yunani Purba κάστωρ kastōr.[5]

Spesies[sunting | sunting sumber]

Gambar Spesies Habitat
Castor fiber Eropah, Skandinavia, Turki, Rusia, Mongolia dan China;[6]:169–170 pupus di Syria dan Iraq.[7]
Castor canadensis Amerika Utara

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Badan-badan spesies Castor mempunyai ukuran panjang 80–120 sentimeter termasuk ekor yang berukuran 25–50 sm panjang.[2] Badan dan tengkorak spesies Castor fiber lebih panjang daripada spesies C. canadensis, ekor spesies C. fiber lebih tebal daripada spesies C. canadensis.[8] Bulu spesies C. canadensis berwarna gelap.[8]

Gigi-gigi kacipnya sangat kuat.[9] Ia boleh gigit batang-batang pokok sampai tumbang dalam masa rata-rata kurang daripada 50 minit.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Schlitter, D.A. (2005). Wilson, D.E.; Reeder, D.M. (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-4). Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat: Johns Hopkins University Press. m/s. 842–843. ISBN 978-0-8018-8221-0.
  2. ^ a b Busher, P.; Hartman, G. (2001). "Beavers". Dalam MacDonald, D. W. (penyunting). The Encyclopedia of Mammals (ed. ke-2). London, England, UK: Oxford University Press. m/s. 590–593. ISBN 978-0760719695.
  3. ^ Ling, Thomas (23 Jun 2023). "Why do beavers build dams?". BBC Science Focus. Bristol, England, UK: BBC. Dicapai pada 17 Mei 2024.
  4. ^ "Castor". Integrated Taxonomic Information System. 2024. Dicapai pada 18 Mei 2024.
  5. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "κάστωρ". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
  6. ^ Halley, Duncan; Rosell, Frank; Saveljev, Alexander (2012). "Population and distribution of Eurasian Beaver (Castor fiber)" (PDF). Baltic Forestry. 18 (1 (34)): 168–175 – melalui Unexpected Wildlife Refuge.
  7. ^ Rowley-Conway, P.A.; Leggea, A.J. (September 1986). "The beaver (Castor fiber L.) in the Tigris-Euphrates basin". Journal of Archaeological Science. 13 (5): 469–476. doi:10.1016/0305-4403(86)90016-6.
  8. ^ a b Runtz 2015, m/s. 22–25.
  9. ^ Müller-Schwarze & Sun 2003, m/s. 11–12.
  10. ^ Müller-Schwarze & Sun 2003, m/s. 68.

Sumber-sumber[sunting | sunting sumber]