Pergi ke kandungan

Kambing gurun bezoar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Capra aegagrus aegagrus)

Kambing gurun bezoar
Kambing gurun bezoar,
Capra aegagrus aegagrus
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Keluarga: Bovidae
Subkeluarga: Caprinae
Genus: Capra
Spesies:
Subspesies:
C. a. aegagrus
Nama trinomial
Capra aegagrus aegagrus
Erxleben, 1777

Kambing gurun bezoar (Capra aegagrus aegagrus) ialah subspesies kambing liar yang berasal dari kawasan hutan Pergunungan Kaukasus dan Zagros.

Taburan dan habitat[sunting | sunting sumber]

Ia berasal dari Afghanistan, Armenia, Azerbaijan, Georgia, Iraq, Iran, Rusia dan Turki. Ia sudah pun dihapuskan dari Lubnan. Ia juga dibawa masuk ke Pergunungan Florida di New Mexico, Amerika Syarikat. Kambing gurun bezoar ditemui di pergunungan Asia Kecil dan di seluruh Timur Tengah, dan juga di sesetengah pulau-pulau di Gugusan Aegea dan Crete di mana diterimanya bahawa kambing ini merupakan keturunan daripada haiwan bela jinak purba yang dibawa ke kepulauan Mediterranean pada zaman prasejarah dan kini hidup liar. Kambing gurun bezoar ini mungkin adalah leluhur yang satu-satunya ataupun yang utama kepada kambing bela jinak moden.[1] Bukti kajian purba menyusur-galurkan pembelajinakan kambing sejauh kira-kira 10,500 tahun sebelum sekarang, sementara bukti DNA menduga 10,000 tahun sebelum sekarang.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ A Natural History Of Domesticated Mammals By Juliet Clutton-Brock, Natural History Museum (London, England) Edition: 2, illustrated, revised Published by Cambridge University Press, 1999 ISBN 0-521-63495-4, 978-0-521-63495-3
  2. ^ Naderi; Rezaei, HR; Pompanon, F; Blum, MG; Negrini, R; Naghash, HR; Balkiz, O; Mashkour, M; dll. (November 18, 2008). "The goat domestication process inferred from large-scale mitochondrial DNA analysis of wild and domestic individuals". PNAS. 105 (46): 17659–17664. doi:10.1073/pnas.0804782105. PMC 2584717. PMID 19004765. Explicit use of et al. in: |author= (bantuan)