Dani Rodrik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dani Rodrik
Dani Rodrik
Kelahiran (1957-08-14) 14 Ogos 1957 (umur 66)
WarganegaraTurki
InstitutionInstitute for Advanced Study
BidangEkonomi antarabangsa, pertumbuhan ekonomi, ekonomi politik
Pusat pendidikanUniversiti Princeton (PhD, MPA)
Universiti Harvard (AB)
AnugerahLeontief Prize for Advancing the Frontiers of Economic Thought (2002)
Maklumat di IDEAS / RePEc

Dani Rodrik (lahir 14 Ogos 1957) adalah ahli ekonomi Turki dan Pensyarah Ekonomi Politik Antarabangsa Ford Foundation di John F. Kennedy School of Government, Universiti Harvard. Ia sebelumnya menjabat sebagai Pensyarah Sains Sosial Albert O. Hirschman di Institute for Advanced Study, Princeton, New Jersey. Ia telah menulis pelbagai karya di bidang ekonomi antarabangsa, pertumbuhan ekonomi, dan ekonomi politik. Kajian beliau tertumpu pada dasar ekonomi yang baik dan sebab sejumlah negara berjaya melaksanakan dasar tersebut.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Rodrik berasal dari keluarga Yahudi Sefardim.[1] Ia merupakan ahli National Bureau of Economic Research, Centre for Economic Policy Research (London), Pusat Pembangunan Sejagat, Institut Ekonomi Antarabangsa, dan Majlis Perhubungan Asing. Dia juga merupakan penyunting Review of Economics and Statistics. Ia pernah menerima geran penyelidikan dari Carnegie Corporation, Yayasan Ford, dan Yayasan Rockefeller. Di antara beberapa anugerah yang diterimanya, ia dianugerahi Leontief Prize for Advancing the Frontiers of Economic Thought oleh Global Development and Environment Institute pada tahun 2002.

Setelah lulus dari Robert College di Istanbul, [2] ia mendapat gelaran AB (Summa cum laude) dari Kolej Harvard dan Ph.D. di bidang ekonomi (dengan tesis berjudul Studies on the Welfare Theory of Trade and Exchange-rate Policy) dan MPA dari Universiti Princeton. Ia rutin menulis di harian Turki, Radikal, sejak Julai 2009. Beliau berkhidmat sebagai ahli jawatankuasa eksekutif World Economics Association pada tahun 2011.

Rodrik menikah dengan anak perempuan Pengarah Çetin Doğan; Doğan dijatuhi hukuman penjara 20 tahun atas penglibatannya dalam rancangan rampasan kuasa Tukul Besi.

Karya[sunting | sunting sumber]

Bukunya, Has Globalization Gone Too Far? (1997), digelar "salah satu buku ekonomi terpenting dasawarsa ini" oleh Bloomberg BusinessWeek.

Dalam artikelnya, ia menonjolkan tiga ketegangan antara pasaran global dan kestabilan sosial. Selain menunjukkan bahawa fenomena "globalisasi" mengalami dilema dalam mengutamakan kesamarataan antarabangsa, ia juga mendedahkan keretakan antara negara yang mempunyai kemampuan dan modal untuk berjaya di pasaran global dengan negara yang tidak mempunyai kemampuan tersebut dan memandang bahawa sistem pasaran bebas adalah ancaman terhadap kestabilan sosial dan norma nasional yang kuat.[3] Menurut analisis beliau, ada tiga kategori sebab ketegangan ini muncul.

Pertama, ketegangan ini dicetuskan oleh globalisasi; penghapusan halangan dagangan dan pelaburan asing langsung memudarkan sempadan antara negara dan kumpulan yang dapat memanfaatkan keuntungan hubungan lintas sempadan dengan negara dan kumpulan yang tidak mampu. Dani mengklasifikasikan pekerja sangat mahir, profesional, dan orang-orang yang bebas memindahkan sumber-sumbernya ke tempat yang lebih memerlukan kepada kategori pertama. Kategori kedua ialah pekerja kurang mahir dan separa-mahir yang semakin anjal dan mudah ditukar ganti akibat globalisasi.

Kedua, ketegangan ini muncul kerana gloablisasi memburukkan lagi konflik norma dan institusi sosial di dalam negeri dan antara negeri. Seiring seragamnya teknologi dan kebudayaan di seluruh dunia, pelbagai negara dengan pelbagai norma dan nilai cenderung menolak norma kolektif yang tersebar ke seluruh dunia dengan bentuk yang seragam.

Ketiga, ketegangan ini ada kerana globalisasi menyulitkan kerajaan negeri menyediakan jaminan sosial.

Karya pilihan[sunting | sunting sumber]

  • Rodrik, Dani (2011). The Globalization Paradox. Norton & Company, Inc. ISBN 978-0-393-07161-0.
  • Rodrik, Dani (2007). One Economics, Many Recipes. Princeton University Press. ISBN 0-691-12951-7.
  • McMillan, Margaret; Horn, Karen; and Rodrik, Dani (2004). "When Economic Reform Goes Wrong: Cashews in Mozambique". Brookings Trade Forum 2003: 97–165.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  • Rodrik, Dani (ed) (2003). In Search of Prosperity: Analytic Narratives on Economic Growth. Princeton University Press. ISBN 0-691-09268-0.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  • Rodrik, Dani (2001). "The Global Governance of Trade As If Development Really Mattered" (PDF). UNDP. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-12-26. Dicapai pada 2015-07-25.
  • Rodrik, Dani (1999). The New Global Economy and Developing Countries: Making Openness Work. Overseas Development Council. ISBN 1-56517-027-X.
  • Rodrik, Dani (1997). Has Globalization Gone Too Far?. Institute for International Economics. ISBN 0-88132-241-5.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ NY Times Article
  2. ^ "Turkishtime Article (in Turkish)" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-07-19. Dicapai pada 2015-07-25.
  3. ^ Rodrik, Dani (1999). The New Global Economy and Developing Countries: Making Openness Work. Overseas Development Council. ISBN 1-56517-027-X.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]