0 hingga 100 km/j

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam bidang automotif, masa yang diperlukan untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j (0 hingga 62 bsj) sering digunakan bagi mengukur pecutan sesebuah kenderaan di kebanyakan negara di dunia, manakala Amerika Syarikat dan United Kingdom pula menggunakan unit 0 hingga 60 bsj (0 hingga 97 km/j). Kereta prestasi terkini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa kurang daripada 6 saat, manakala kereta eksotik pula mampu mencapai kelajuan tersebut dalam masa 3 hingga 4 saat, sementara motosikal bawah 500 cc pula mampu mencapai angka-angka pecutan tersebut selama lebih 20 tahun. Buat masa sekarang, Bugatti Veyron Super Sport merupakan kereta pengeluaran jalanan paling pantas memecut dari pegun hingga 60 bsj, iaitu dalam masa 2.46 saat.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bugatti Veyron test". Dicapai pada 2008-01-09.