100 PLUS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kotak-kotak minuman 100 PLUS disusun di Pasar raya besar Giant.

100plus (kadang-kadang dieja sebagai 100 PLUS atau 100 plus) ialah sejenis minuman sukan isotonik yang dijual di Malaysia dan Singapura. Sejak dari tahun 2007, terdapat lima kelainan, iaitu 'Asli' (Original), 'Limau Lemon', 'Limau Tangerin', 'Aqtiv', dan 'Kuasa' (Power).

Jenama minuman ini amat dikenali di kalangan orang Malaysia tetapi tidak begitu dikenali di luar negara. Minuman sukan seperti 100 PLUS dan Gatorade harus tidak dikelirukan dengan minuman-minuman tenaga. Minuman sukan bertujuan untuk menambah lagi elektrolit, gula, dan air, serta juga nutrien-nutrien yang lain, dan biasanya bersifat isotonik (mengandungi perkadaran kandungan yang sama dengan kandungan di dalam badan manusia). Sebaliknya, minuman tenaga hanya memberikan gula, dan kafeina.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]