100 SM
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
| Abad: | Abad ke-2 SM · Abad ke-1 SM · Abad ke-1 |
| Dekad: | 130-an SM 120-an SM 110-an SM 100-an SM 90-an SM 80-an SM 70-an SM |
| Tahun: | 103 SM 102 SM 101 SM 100 SM 99 SM 98 SM 97 SM |
[sunting] Peristiwa
[sunting] Mengikut tempat
[sunting] Amerika
- Mural di dalam bilik mural piramid Peradaban Maya di San Bartolo, Guatemala, dilukis.
[sunting] Anatolia
- Tigranes II dari Armenia diberi takhta Armenia oleh Parthia sebagai pertukaran untuk "tujuh puluh lembah" (tarikh anggaran).
[sunting] Asia
- Pemberontakan petani di bawah Maharaja Wu dari Han.
- Gandhara dan Punjab diperintah oleh Raja Demetrios III daripada Kemaharajaan Indo-Yunani.
[sunting] Judea
- 1 and 2 Maccabees, kitab-kitab deuterokanun ditulis.
[sunting] Rom
- Konsul-konsul: Lucius Valerius Flaccus, dan Gaius Marius (kekonsulan Marius yang keenam).
- Manius Aquillius merayakan kemenangan Rom dalam Perang Abdi Kedua.
- Tribun Lucius Appuleius Saturninus meluluskan undang-undang untuk mengagih-agihkan semula tanah kepada bekas-bekas perajurit. Undang-undang tersebut memerlukan semua senator bersumpah akan mematuhinya. Quintus Caecilus Metellus Numidicus enggan berbuat demikian dan dibuang negeri. Beliau ke Pulau Rhodes untuk mengkaji falsafah.
- Disember: Saturninus bertanding untuk jawatan konsul tahun berikut. Gaius Memmius, calon pesaing, didapati dibunuh oleh ejen-ejen Saturninus, dan Senat Rom mengisytiharkan pembunuh-pembunuh tersebut sebagai musuh awam. Marius, sebagai konsul, menewaskan bekas sekutunya dalam perlawanan di dalam Forum Rom. Saturninus dan pengikut-pengikutnya menyerahkan diri atas syarat bahawa mereka tidak dibunuh. Bagaimanapun, mereka direjam dengan genting-genting oleh senator-senator yang tidak mematuhi syarat tersebut.
[sunting] Timur Tengah
- Gajah pupus di Timur Tengah, menjelang tahun ini.
[sunting] Kelahiran
- 12 Julai atau 13 Julai - Julius Caesar, jeneral dan ahli politik Rom (lihat juga 102 SM)
- Titus Labienus, ketua pembantu Caesar dalam penaklukan Gaul

