100 Wajah Wira

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

100 Wajah Wira Malaysia diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak semasa perasmian Wacana Patriotisme:Ke Arah 1Malaysia di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak,Selangor pada 7 Ogos 2009.

Penerima anugerah 100 Wajah Wira terdiri daripada tokoh pelbagai bidang kerjaya seperti pemimpin masyarakat, pejuang kemerdekaan, ulama, tokoh wartawan serta penggiat seni dan kebudayaan.Tujuannya untuk menanam semangat cintakan negara di kalangan rakyat tanpa mengira kaum dan agama serta memupuk semangat perpaduan ke arah 1Malaysia. Generasi muda perlu mengenali wira negara .

Acara ini dianjurkan bersama oleh UIAM, Mubarak, Arkib Negara Malaysia dan Affin Bank Berhad.Datuk Seri Abdul Aziz Rahman bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa penganjur dan Timbalan Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak).[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]