Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
10 April merupakan hari ke-100 (hari ke-101 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 265 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Maharani Michiko dari Jepun
- 1815 - Gunung Tambora di Indonesia memulakan letusan gunung berapi yang paling kuat dalam catatan sejarah, membunuh lebih 71,000 orang dan menyebabkan perubahan iklim dunia.
- 1858 - Loceng menara jam Istana Westminster di London, Big Ben, dituang selepas loceng asal retak semasa ujian.
- 1912 - RMS Titanic mula berlayar dari Southampton, England untuk perjalanan pertama dan terakhirnya.
- 1919 - Ketua Revolusi Mexico Emiliano Zapata (gambar) ditembak mati berhampiran dengan Ciudad Ayala, Morelos.
- 1941 - Perang Dunia Kedua: Negara Merdeka Croatia ditubuhkan, dengan pemimpin Ustaše Ante Pavelic sebagai ketua kerajaan boneka Kuasa Paksi.
- 1959 - Bakal Maharaja Jepun, Putera Mahkota Akihito berkahwin dengan Michiko (gambar), orang biasa pertama berkahwin dengan kerabat diraja Jepun.
- 1998 - Republik Ireland dan United Kingdom memeterai Perjanjian Belfast, satu langkah utama dalam proses keamanan Ireland Utara.
- 2007 - Analisis spektroskop HD 209458 b (gambar), sebuah planet luar suria di buruj Pegasus, memberikan bukti pertama kehadiran wap air atmosfera di luar Sistem Suria.
- 2010 - Pertempuran antara tentera kerajaan Thai dan pembantah menyebabkan 21 orang terbunuh.
- 2010 - Pesawat Tupolev Tu-154M yang membawa Presiden Poland Lech Kaczyński terhempas ketika cuba mendarat dalam kabus tebal di pangkalan udara Smolensk-Utara berhampiran Smolensk, Rusia, mengorbankan semua di dalamnya.