12 November
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | November 2013 | >> | ||||
| Ahd | Isn | Sel | Rab | Kha | Jum | Sab |
| 1 | 2 | |||||
| 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
| 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
| 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
| 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
| MMXIII | ||||||
12 November merupakan hari ke-316 (hari ke-317 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 49 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Kelahiran Bahá'u'lláh, hari suci bagi Bahai.
Peristiwa [sunting]
- 1893 - Persetujuan Garisan Durand ditandatangani, mewujudkan sempadan antarabangsa antara Afghanistan dan Pakistan kini.
- 1927 - Leon Trotsky dipecat daripada Parti Komunis, meninggalkan Joseph Stalin seorang menguasai Kesatuan Soviet.
- 1936 - Di California, Jambatan Teluk San Francisco – Oakland (gambar) dibuka untuk lalu lintas.
- 1970 - Bahagian Lebuhraya Oregon cuba untuk memusnahkan bangkai paus sperma yang terdampar dengan letupan, yang kemudian dikenali sebagai peristiwa letupan paus.
- 1991 - Tentera Nasional Indonesia menembak pelajar yang menunjuk perasaan dalam pembunuhan beramai-ramai Díli.
- 2001 - Perang Afghanistan: Tentera Taliban meninggalkan Kabul, ibu negara Afghanistan, sebelum askar Perikatan Utara sampai.
- 2009 - NASA mengumumkan yang projek LCROSS (gambar artis) menemui bukti wujudnya air di kawah Cabeus di Bulan.
- 2010 - Sukan Asia ke-16 dirasmikan (gambar) di Guangzhou, Republik Rakyat China.
- 2011 - Liga Arab menggantung keanggotaan Syria kerana tindakan keras terhadap kebangkitan dalaman.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||