12 Oktober
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | Oktober 2013 | >> | ||||
| Ahd | Isn | Sel | Rab | Kha | Jum | Sab |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
| MMXIII | ||||||
12 Oktober merupakan hari ke-285 (hari ke-286 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 80 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Hispanik di Sepanyol dan kebanyakan Amerika Latin (1492)
- Hari Penentangan Orang Asli di Venezuela
- Hari Wanita Kami Aparecida dan Hari Kanak-Kanak di Brazil.
- Hari Kemerdekaan di Guinea Khatulistiwa (1968)
Peristiwa[sunting]
- 1398 - Grand Duchy Lithuania dan Kesatria Teuton memeterai Perjanjian Salynas, cubaan ketiga selepas Perjanjian Königsberg dan Perjanjian Lyck menyerahkan Samogitia kepada Kesatria.
- 1492 - Christopher Columbus mendarat di Caribbean, tetapi menyangka dia telah sampai ke Hindia Timur.
- 1810 - Oktoberfest pertama diadakan di Munich bagi meraikan perkahwinan Putera Ludwig I dari Bavaria (gambar).
- 1859 - "Maharaja Amerika Syarikat dan Pelindung Mexico" Joshua A. Norton (gambar) "mengarahkan" Kongres Amerika Syarikat dibubarkan.
- 1928 - Pengudara perubatan paru-paru besi digunakan buat kali pertama dalam perawatan mangsa polio, di Boston, A.S.
- 1984 - Tentera Republik Ireland Sementara (IRA) gagal dalam percubaannya membunuh Perdana Menteri British Margaret Thatcher dan kabinetnya dalam pengeboman hotel Brighton.
- 1999 - Satu rampasan kuasa oleh Jeneral Pervez Musharraf menyingkirkan kerajaan Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif.
- 2002 - Satu siri bom kereta meletup di pulau Bali, Indonesia, mengorbankan 202 orang dan mencederakan 209 yang lain.
- 2007 - Hadiah Keamanan Nobel dianugerahkan kepada Al Gore dan Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca.
- 2007 - Turki memanggil pulang duta ke Amerika Syarikat selepas Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan Perwakilan AS meluluskan resolusi mengecam penghapusan etnik Armenia semasa zaman Empayar Turki Uthmaniyyah.
Kelahiran[sunting]
Kematian[sunting]
- 2007 - Soe Win, Perdana Menteri Myanmar ke-10
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||