16-bit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Pemproses
4-bit 8-bit 12-bit 16-bit 18-bit 24-bit 31-bit 32-bit 36-bit 48-bit 64-bit 128-bit
Penggunaan
16-bit 32-bit 64-bit
Saiz data
nibel   oktet   bait   kata   kata-d   kata-q

Integer, alamat ingatan, dan unit data 16-bit yang lain dalam bidang seni bina komputer ialah unsur yang tidak melebihi 16 bit (2 oktet) lebarnya. Seni bina unit pemprosesan pusat (CPU) dan unit logik aritmetik (ALU) 16-bit juga merupakan seni bina yang bersandarkan pendaftar, bas alamat, atau bas data dengan saiz itu.

16-bit juga merupakan istilah yang diberikan kepada generasi komputer yang pemproses 16-bit merupakan norma.

Integer 16 bit dapat menyimpan 216 (atau 65536) nilai yang unik. Dalam perwakilan tanpa tanda, nilai itu merupakan integer antara sifar dengan 65535. Dengan menggunakan pelengkap dua, julat nilai yang mungkin adalah antara −32768 dan 32767. Oleh itu, pemproses yang memiliki alamat ingatan 16-bit boleh mencapai ingatan bait boleh alamat sebanyak 64 KiB secara langsung.

Format fail 16-bit ialah format fail perduaan, dengan setiap unsur datanya ditakrifkan sebagai 16 bit (atau 2 bait). Contoh format sebegini ialah format Windows Metafile.

Pemproses 16-bit yang terkenal termasuklah PDP-11, Intel 8086, Intel 80286 dan WDC 65C816.

  • Intel 8088 adalah serasi dengan Intel 8086. Ia dikelaskan sebagai 16 bit kerana daftar dan suruhan aritmetiknya adalah 16 bit panjangnya, walaupun bas luarannya hanya 8 bit lebarnya.
  • Motorola 68000 kekadangnya dianggap sebagai "16 bit" kerana bas datanya adalah 16 bit panjangnya. Walaupun demikian, ia sebenarnya merupakan 32 bit kerana daftarnya adalah 32 bit panjangnya dan kebanyakan suruhan aritmetiknya menyokong aritmetik 32 bit dan memiliki ingatan capaian rawak (RAM) boleh alamat sebanyak 16 megabait. Oleh itu, perisian 68000 adalah 32 bit sifatnya dan serasi ke depan dengan pemproses 32 bit yang lain. Pemproses 68000 untuk Sega Mega Drive/Genesis merupakan ciri sistem permainan video yang telah diiklankan secara besar-besaran dan disebabkan pengiklanan tersebut, era konsol permainan video antara tahun 1988 dengan tahun 1995 seringnya digelar sebagai "era 16 bit".

Pemproses 16 bit hampir tidak digunakan lagi dalam industri komputer peribadi, tetapi masih digunakan untuk berbagai-bagai atur cara terbenam. Misalnya, banyak litar bersepadu khusus atur cara penggunaan (ASIC) masih menggunakan pemproses XAP 16 bit.