17 Ogos
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | Ogos 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | |||
| 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
| 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
| 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
| 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | |
| MMXII | ||||||
17 Ogos merupakan hari ke-229 (hari ke-230 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 136 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kemerdekaan di Indonesia (1945) dan Gabon (1960).
[sunting] Peristiwa
- 1807 - Robert Fulton memulakan perkhidmatan kapal wap komersil pertama di dunia.
- 1914 - Perang Dunia Pertama: Hermann von François (gambar) tidak mempedulikan arahan berundur, dan berjaya dalam serangan balas mempertahan Prusia Timur, menjadikannya kemenangan pertama Jerman di sebelah timur.
- 1945: Kemerdekaan Indonesia daripada negara Belanda dan Jepun.
- 1962 - Pengawal sempadan Jerman Timur menembak mati Peter Fechter yang cuba melintas Tembok Berlin ke Berlin Barat.
- 1969 - Hurikan Camille (gambar) melanda persisiran Mississippi, A.S. mengorbankan 259 nyawa dan menyebabkan kerosakan bernilai AS$1.5 bilion.
- 1978 - Double Eagle II menjadi belon udara panas pertama berjaya menyeberangi Lautan Atlantik, mendarat di Miserey berhampiran Paris enam hari selepas meninggalkan Presque Isle, Maine.
- 1988 - Presiden Pakistan Muhammad Zia-ul-Haq terbunuh dalam satu nahas kapal terbang.
- 1999 - Gempa bumi bermagnitud 7.5 Mw melanda barat laut Turki, mengorbankan lebih 17,000 orang dan meninggalkan setengah juta lagi tanpa tempat tinggal.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||