19 April
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | April 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | |||||
| MMXII | ||||||
19 April merupakan hari ke-109 (hari ke-110 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 256 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan hari perayaan Santo Alphege (Kristian Barat).
[sunting] Peristiwa
- 1713 - Maharaja Charles VI mengeluarkan Persetujuan Pragmatik untuk memastikan salah seorang puterinya (akhirnya Maria Theresa) boleh mewarisi empayar Habsburg.
- 1775 - Perang Revolusi Amerika bermula dengan Pertempuran Lexington dan Concord (gambar) di koloni British Massachusetts.
- 1839 - Pemeteraian Perjanjian London mengakui secara rasmi kemerdekaan Belgium daripada Kemaharajaan Bersatu Belanda.
- 1971 - Stesen angkasa yang pertama, Salyut 1 dilancarkan dari Kosmodrom Baikonur, RSS Kazakh, USSR.
- 1984 – Lagu cinta watan "Advance Australia Fair" gubahan Peter Dodds McCormick, mula dinyanyikan pada 1878, secara rasmi menggantikan "God Save the Queen" sebagai lagu kebangsaan Australia.
- 1995 - Sebutir bom kereta diletupkan di hadapan Bangunan Persekutuan Alfred P. Murrah (gambar) di Bandar Oklahoma, Oklahoma, membunuh 168 orang dan mencederakan lebih 800 lagi.
- 2011 - Presiden Nigeria Goodluck Jonathan terpilih semula sebagai presiden.
- 2011 - Tiga tahun selepas turun sebagai Presiden, Fidel Castro meletak jawatan daripada Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Cuba.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||