19 Julai
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
| << | Julai | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
| 2008 | ||||||
19 Julai merupakan hari ke-200 (hari ke-201 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 165 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan "Hari Orang Mengorbankan Nyawa Myanmar".
[sunting] Peristiwa
- 711 – Di Iberia, angkatan Umayyah Moor yang diketuai Tariq ibn Ziyad menewaskan Roderic dan Visigoth dalam Pertempuran Guadalete.
- 1553 – Lady Jane Grey digantikan oleh Mary I dari England (gambar) sebagai Ratu England selepas hanya sembilan hari.
- 1848 – Konvensyen Hak Kewanitaan dibuka di Air Terjun Seneca, New York, Amerika Syarikat.
- 1870 – Perancis mengisytiharkan perang terhadap Prusia, memulakan Perang Perancis-Prusia.
- 1947 – Pejuang kebangsaan Myanmar Aung San dan enam anggota kabinetnya dibunuh ketika bermesyuarat.
- 1949: Kemerdekaan Laos daripada negara Perancis.
- 1979 – Pemberontak Sandinista menggulingkan kerajaan keluarga Somoza yang disokong oleh Amerika Syarikat di Nicaragua.

