19 Mei
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | Mei 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
| MMXII | ||||||
19 Mei merupakan hari ke-139 (hari ke-140 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 226 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Belia dan Sukan di Turki.
[sunting] Peristiwa
- 1536 - Permaisuri dan isteri kedua Henry VIII dari England Anne Boleyn (gambar) dipancung di Menara London kerana berzina dan derhaka besar.
- 1649 - Parlimen Rump meluluskan akta untuk menubuhkan Komanwel England secara rasmi.
- 1780 - Gabungan asap tebal, kabus dan litupan awan lebat menyebabkan gelap-gelita di sebahagian kawasan New England, Amerika Syarikat dan Kanada pada waktu tengah hari.
- 1802 - Anugerah Légion d'honneur ("legion yang mulia") (gambar) dimulakan oleh Konsul Pertama Republik Perancis Napoleon Bonaparte, sebagai anugerah untuk askar dan orang awam.
- 1921 - Kongres Amerika Syarikat meluluskan Akta Kuota Kecemasan untuk menetapkan kuota negara terhadap imigrasi ke Amerika Syarikat.
- 1922 - Pertubuhan Peneroka Muda Kesatuan Soviet diasaskan.
- 1961 - Venera 1 menjadi objek buatan manusia pertama terbang lalu planet lain apabila selepas melintasi Zuhrah (penyiasat angkasa ini telah gagal berhubung dengan Bumi sejak sebulan lalu dan tidak menghantar data kembali).
[sunting] Kematian
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||