2012 DA14

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

2012 DA14 ialah satu asteroid dekat dengan Bumi dengan diameternya dianggarkan selebar 50 meter (160 kaki) dan jisim yang dianggarkan sebanyak 190,000 tan metrik. Ia telah ditemui pada 23 Februari 2012 di Observatorio Astronómico de La Sagra, Granada, Sepanyol (J75) tujuh hari selepas ia melepasi 0.0174 AU (2.6 juta km; 1.62 juta bt) dari Bumi. Kiraan menunjukkan bahawa pada 15 Februari 2013, jarak di antara asteroid ini dengan titik pusat Bumi ialah 0.0002276 AU (34,050 km; 21,160 bt). Asteroid ini melepasi 27,700 km (17,200 bt) dari permukaan Bumi. Ini ialah pendekatan terhampir objek bersaiz sebegini dengan Bumi.