23 April
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | April 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | |||||
| MMXII | ||||||
23 April merupakan hari ke-113 (hari ke-114 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 252 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Dunia Buku dan Hak Cipta
- Hari Kedaulatan Kebangsaan dan Kanak-Kanak di Turki
- Hari St George di berbagai-bagai negara.
[sunting] Peristiwa
- 215 SM - Sebuah kuil yang didedikasi kepada Venus Erycina dibina di Bukit Capitoline untuk memperingati penumpasan Empayar Rom di Tasik Trasimene.
- 1014 - Angkatan bersenjata Ireland yang diketuai oleh Brian Boru (gambar) bertempur dengan Viking dalam Pertempuran Clontarf.
- 1661 - Charles II dimahkotakan sebagai Raja England, Ireland dan Scotland di Westminster Abbey.
- 1827 - Ahli matematik dan fizik William Rowan Hamilton menyampaikan Teori Sistem-Sistem Sinarannya, yang membantu membuktikan teori gelombang cahaya.
- 1920 - Parlimen satu dewan Turki, Perhimpunan Kebangsaan Agung Turki diasaskan di Ankara di tengah-tengah Perang Kemerdekaan Turki.
- 1923 - Gdynia dirasmikan sebagai bandar pelabuhan Poland di Teluk Gdańsk, di barat daya Laut Baltik.
- 1932 - Kincir angin De Adriaan berusia 153 tahun terbakar sampai ranap di Haarlem, Belanda.
- 1954 - Menghadapi Vic Raschi dari St. Louis Cardinals, Hank Aaron dari Milwaukee Braves memukul lari habisnya yang pertama dalam Besbol Liga Utama.
- 1968 - Para pelajar Universiti Columbia di Bandar Raya New York yang membantah Perang Vietnam mengambil alih bangunan pentadbiran, memaksa universiti itu ditutup.
- 1982 - Republik Conch secara berseloroh mengisytiharkan kemerdekaan daripada Amerika Syarikat.
- 1985 - Coca-Cola menukar formula dan melancarkan produk New Coke. (Malangnya New Coke tidak disambut baik, maka formula asal dikembalikan dalam jangka tidak lebih tiga bulan.)
- 1988 - Album Dark Side of the Moon oleh kumpulan Pink Floyd terkeluar dari carta buat kali pertama setelah berada dalam carta Billboard 200 selama 741 minggu berturut-turut (lebih 14 tahun).
- 1990 - Namibia menjadi anggota ke-160 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan ahli ke-50 Negara-Negara Komanwel.
- 1993 - Penduduk Eritrea besar-besaran mengundi untuk kemerdekaan daripada Habsyah dalam pungutan suara yang dipantau PBB.
- 1997 - Pembunuhan beramai-ramai Omaria meragut nyawa 42 orang kampung di Algeria.
- 2003 - Beijing menutup semua sekolah selama dua minggu berikutan wabak SARS.
- 2011 - Selepas empat bulan bantahan anti-kerajaan, Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh bersetuju meletak jawatan dalam masa 30 hari.
[sunting] Kematian
- 2006 - Abdul Ghafar bin Baba, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia (lahir 1925)
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||