28 Oktober
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
28 Oktober merupakan hari ke-301 (hari ke-302 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 64 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Okhi di Greece (1940).
[sunting] Peristiwa
- 312 - Maharaja Rom Constantine Agung menewaskan Maxentius dalam Pertempuran Jambatan Milvian, dan dengan itu menamatkan Tetrarki.
- 1886 - Di Pelabuhan New York, Presiden Amerika Syarikat Grover Cleveland mentahbiskan Patung Liberty (gambar) yang merupakan hadiah daripada Perancis bagi memperingati ulang tahun ke-100 Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat.
- 1918 - Czechoslovakia mencapai kemerdekaan daripada Austria-Hungary.
- 1922 - Kumpulan Fasis Blackshirts berarak menuju ke Rome untuk mengambil alih kerajaan Itali.
- 1940 - Kempen Balkan dalam Perang Dunia Kedua: Itali menyerang Greece selepas Greece menolak kata dua Itali.
- 1954 - Kerajaan Belanda diasaskan semula sebagai federasi dengan pengisytiharan Piagam Kerajaan Belanda.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||