309 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
Tahun:


Peristiwa[sunting | sunting sumber]

Mengikut tempat[sunting | sunting sumber]

Yunani[sunting | sunting sumber]

  • Adalah mungkin bahawa tahun ini (atau tahun sebelum) merupakan tahun yang Raja Alexander IV dari Macedon dan ibunya, Roxane, dibunuh atas perintah Pemangku Raja Cassander.
  • Perang Babylonia antara Antigonus dan Seleucus tamat dengan kemenangan kepada Seleucus yang menangkis percubaan tentera Antigonus untuk menawan semula kota itu. Sebuah perjanjian perdamaian mungkin diikat. Antigonus kembali ke barat, manakala Seleucus beralih ke timur untuk memperkukuh penguasaannya terhadap bahagian-bahagian timur empayar Alexander Agung.
  • Ptolemy I Soter menggunakan armadanya untuk belayar ke Yunani dan di sana, memantapkan penguasaannya terhadap Gabungan Nesiotik, sebuah gabungan kota-kota Aegea yang diasaskan oleh pesaingnya, Antigonus. Ptolemy juga menaklukkan Cyprus.
  • Antigonus mencuba membaharui perikatannya dengan Polyperchon, jeneral Macedon dan bekas pemangku raja, yang masih menguasai sebahagian Peloponnesus. Beliau menghantar Heracles, anak luar nikah Alexander Agung, sebagai orang yang berhak mewarisi takhta Macedon, untuk bertemu dengan Polyperchon. Tidak lama kemudian, Polyperchon berpaling tadah ke pihak Cassander dan membunuh Heracles serta ibunya, Barsine.
  • Areus I mewarisi datukknya, Cleomenes II, sebagai raja Sparta.

Rom[sunting | sunting sumber]

Kelahiran[sunting | sunting sumber]

Kematian[sunting | sunting sumber]