31-bit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pemproses
4-bit 8-bit 12-bit 16-bit 18-bit 24-bit 31-bit 32-bit 36-bit 48-bit 64-bit 128-bit
Penggunaan
16-bit 32-bit 64-bit
Saiz data
nibel   oktet   bait   kata   kata-d   kata-q

Integer, alamat ingatan, dan unit data 31-bit yang lain dalam bidang seni bina komputer ialah unsur yang tidak melebihi 31 bit (32 bit tolak 1 bit simpanan/tidak digunakan) lebarnya. Seni bina unit pemprosesan pusat (CPU) dan unit logik aritmetik (ALU) 31-bit juga merupakan seni bina yang bersandarkan pendaftar, bas alamat, atau bas data dengan saiz itu.

Pada tahun 1983, IBM memperkenalkan pengalamatan 31 bit dalam seni bina komputer kerangka utama Sistem/370-XA sebagai suatu peningkatan kepada model-model pengalamatan 24-bit yang lebih awal. Perluasan ini membenarkan ruang alamat digandakan sebanyak 128 kali dan membenarkan atur cara untuk mengalamatkan ingatan melebihi 16 MiB (dirujuk sebagai "atas baris"). Seni bina pengkomputan yang tunggal itu mungkin merupakan salah satu seni bina yang paling terkenal dan paling menguntungkan dalam bidang pengkomputan.

Dalam seni bina Sistem/360 serta juga Sistem/370 yang awal, alamat ingatan selalunya disimpan dalam kata 32-bit, akan tetapi mesin itu tidak mengendahkan 8 bit yang atas dalam alamat dan oleh itu, menyebabkan pengalamatan 24-bit. Melalui penggunaan XA (eXtended Architecture), tiada bit dalam kata masih tidak diendahkan. Walau bagaimanapun, peralihan tersebut tidak sebegitu mudah. Para pengatur cara bahasa himpunan telah mempergunakan bait simpanan atas dalam alamat sebagai bendera buat hampir dua puluh tahun. Oleh yang demikian, IBM memutuskan untuk menyokong dua bentuk pengalamatan bagi mengurangkan kesusahan:

  • jika bit yang paling bererti (bit 0) dalam alamat 32-bit berada dalam keadaan hidup, 31 bit yang berikut akan ditafsirkan sebagai alamat maya;
  • jika bit yang paling bererti berada dalam keadaan mati, maka hanya 24 bit yang lebih bawah dianggap sebagai alamat (sebagaimana dengan sistem pra-XA).

Oleh itu, para pengatur cara boleh terus menggunakan tujuh bit tertib rendah dalam kata yang mengandungi alamat.

Pada dekad 1990-an, IBM memperkenalkan seni bina 370/ESA (kemudian dinamai sebagai 390/ESA dan akhirnya sebagai ESA/390 atau Sistem/390, secara ringkas digelar S/390) dan dengan itu, melengkapkan evolusi pengalamatan maya 31-bit. Seni bina yang kemudian menyokong melebihi 2 GiB ingatan fizikal dan juga ruang alamat berbilang serentak sehingga 2 GiB saiz setiapnya. Menjelang pertengahan 2006, masih tidak terdapat banyak atur cara yang terlalu tersekat oleh seni bina 31-bit berbilang ini.

IBM mengatasi batasan pengalamatan linear 2 Gib pada tahun 2000 dengan pengenalan IBM zSeries Model 900, sistem z/Architecture 64-bit. Berbeza dengan peralihan XA, z/Architecture tidak menguntukkan bit atas untuk mengecam kod yang lebih awal. Sungguhpun demikian, z/Seni Bina mengekalkan keserasian dengan kod 24-bit dan kod 31-bit, serta juga kod yang lebih awal yang dijalankan dengan serentak bersama-sama kod 64-bit yang lebih baru.