322 SM
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
| Abad: | Abad ke-5 SM · Abad ke-4 SM · Abad ke-3 SM |
| Dekad: | 350-an SM 340-an SM 330-an SM 320-an SM 310-an SM 300-an SM 290-an SM |
| Tahun: | 325 SM 324 SM 323 SM 322 SM 321 SM 320 SM 319 SM |
[sunting] Peristiwa
[sunting] Mengikut tempat
[sunting] Empayar Yunani
- Musim bunga - Perdiccas, pemangku raja Macedon, berkempen di Cappadocia yang masih di bawah pemerintahan raja-raja asli, dan menaklukkannya.
- Musim bunga - Peithon, satrap (gabenor) Macedon di Media, mematahkan pemberontakan bekas-bekas perajurit Macedon.
- Musim bunga - Leonnatus, satrap Macedon Hellespontine Phrygia, membantu Antipater di Lamia tetapi dibunuh.
- 5 September - Pertempuran Crannon: Craterus menurunkan tenaga bantuan untuk membantu Antipater dan menumpaskan tentera Athens dalam Perang Lamia.
- Pertempuran Amorgos: Armada Macedon menumpaskan angkatan tentera laut Athens pada masa yang lebih kurang sama dengan Pertempuran Crannon. Peristiwa ini menamatkan Perang Lamia dengan kemenangan penuh kepada Macedon.
- Disember - Percubaan Perdiccas untuk mengahwini Cleopatra, adik perempuan Alexander Agung, mengakibatkan Perang Pertama Diadochi apabila Antipater, Craterus, Ptolemy I Soter (satrap Mesir), Antigonus (satrap Phrygia), dan Lysimachus (satrap Thrace) bergabung untuk menentangnya.
[sunting] Kelahiran
[sunting] Kematian
- 7 Mac - Aristotle, ahli falsafah Yunani (lahir 384 SM)
- Demosthenes, pemidato dan ahli politik Yunani (pembunuhan diri)
- Hyperides, pemidato dan ahli politik Yunani (dihukum mati)

