330 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
Tahun:


Peristiwa[sunting | sunting sumber]

Mengikut tempat[sunting | sunting sumber]

Empayar Yunani[sunting | sunting sumber]

  • 20 Januari - Alexander Agung menewaskan tentera Parsi yang diketuai oleh Satrap Ariobarzanes di genting Pintu Parsi (Tang-e Meyran kini di utara Yasuj moden, Iran).
  • 30 Januari - Selepas menawan genting Pintu Parsi, Alexander memasukui Persepolis. Di sana, beliau membakar istana Xerxes I secara istiadat untuk melambangkan keakhiran perang dendaman SeYunani.
  • Sebelum meneruskan pengejaran Darius III yang telah berundur masuk ke Bactria, Alexander mengumpulkan semua harta karun Parsi dan melantik Ecbatana sebagai ketua bendahari untuk menyimpannya di Ecbatana. Parmenion juga ditinggalkan di Media untuk mengurus komunikasi antara Alexander dan tanah-tanahnya yang semakin bertambah dengan pesat.
  • Alexander melantik Atropates sebagai satrap (gabenor) Media, dan Mithrenes sebagai satrap Armenia.
  • Menyeberangi Pergunungan Elburz ke Laut Caspian, Alexander menawan Zadracarta di Hyrcania dan menerima penyerahan sekumpulan satrap dan tokoh-tokoh Parsi yang terkenal. Alexander mengesahkan sesetengah mereka dalam jawatan masing-masing, dan kemudian mara ke arah barat dan menewaskan tentera Mardi, segolongan orang gunung yang menghuni di Pergunungan Elburz. Alexander juga menerima penyerahan askar-askar upahan Yunani Darius.
  • Di Aria, tentera Alexander menewaskan tentera satrap Satibarzanes yang mula-mulanya menawarkan penyerahan tetapi kemudiannya memberontak. Alexander kemudian mengasaskan kota Alexandria di Ariana (Herat moden).
  • Philotas, anak lelaki Parmenion serta komander askar berkuda elit Macedon, terbabit dalam komplot untuk membunuh Alexander di Phrada, Drangiana, dan dihukum mati oleh tentera Alexander. Sebuah pesanan rahsia dihantar oleh Alexander kepada Cleander, timbalan Parmenion, yang membunuh Parmenion di Ecbatana, Media, kerana takut bahawa Parmenion akan memberontak apabila mendapat tahu tentang kematian anaknya. Semua pengikut Parmenio kini dihapuskan dan orang-orang yang rapat dengan Alexander dinaikkan pangkat.

Yunani[sunting | sunting sumber]

  • Antipater, pemangku raja Alexander di Macedon, berdamai dengan Thrace (yang beliau sedang bertempur) dan kemudian mara ke arah selatan dengan sebuah angkatan tentera yang terdiri daripada melebihi 40,000 orang askar. Beliau mencapai suatu kemenangan yang payah dalam Pertempuran Megalopis di Arcadia terhadap Agis III dari Sparta dan askar-askar upahan Yunaninya. Agis III dibunuh dan tentangan Sparta dipatahkan.
  • Aeschines meneruskan percubaannya untuk menghalang Demosthenes daripada dianugerahi mahkota emas untuk perkhidmatan-perkhidmatannya kepada Athens. Kes ini yang dimulakan pada tahun 336 SM akhirnya menyebabkan kekalahan Aeschines yang sangat besar, disebabkan sebahagian besar oleh ucapan Demosthenes yang cemerlang untuk membela Ctesiphon ("Mengenai Mahkota").
  • Selepas ditewaskan oleh Demosthenes di dalam mahkamah, Aeschines meninggalkan Athens untuk ke Rhodes dan mengajar retorik di sana.

Empayar Parsi[sunting | sunting sumber]

Kelahiran[sunting | sunting sumber]

Kematian[sunting | sunting sumber]