333 SM
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
| Abad: | Abad ke-5 SM · Abad ke-4 SM · Abad ke-3 SM |
| Dekad: | 360-an SM 350-an SM 340-an SM 330-an SM 320-an SM 310-an SM 300-an SM |
| Tahun: | 336 SM 335 SM 334 SM 333 SM 332 SM 331 SM 330 SM |
[sunting] Peristiwa
[sunting] Mengikut tempat
[sunting] Yunani
- Raja Alexander dari Macedon menaklukkan Asia Minor barat, selepas menewaskan puak-puak bukit dari Lycia dan Pisidia.
- Raja Darius III dari Parsi menghukum mati Charidemus, ketua askar upahan Yunani yang hidup dalam buangan di Parsi, kerana mengkritik persediaan-persediaan yang diambil untuk Pertempuran Issus.
- Alexander mencapai kemenangan yang utama terhadap tentera Parsi dalam Perang Sungai Issus di Cilicia, tetapi Darisu III, maharaja Parsi, dapat melarikan diri. Darius meninggalkan isteri, kedua-dua puteri, ibunya Sisygambis, dan kebanyakan harta karun peribadi. Alexander menangkap keluarga Darius dan memperlakukan mereka dengan baik.
- Alexander menjadikan salah seorang pegawainya, Nearchus, sebagai satrap (gabenor) kepada Lycia dan Pamphylia yang baru ditaklukkan di Anatolia, serta melantik jeneralnya, Antigonus, sebagai satrap Phrygia.
- Dari Issus, Alexander mara ke arah selatan masuk ke Syria dan Phoenicia, dengan tujuan untuk memencilkan armada Parsi daripada pangkalan-pangkalannya dan dengan itu, memusnahkannya sebagai sebuah angkatan tentera yang berkesan. Kota-kota Phoenicia di Marathus dan Aradus tidak menentang tentera Alexander. Parmenion dihantar untuk mencuba memiliki Damascus dan harta rampasannya yang kaya, termasuk tabung perang Darius.
- Selepas menawan Byblos dan Sidon, Alexander terpaksa mengepung Tyre.
- Sebagai jawapan kepada surat Darius yang menawarkan kedamaian, Alexander mendesak penyerahan Darius tanpa syarat.
[sunting] Kelahiran
- Zeno dari Citium, ahli falsafah Yunani, dan bapa stoisisme (maut 264 SM)
[sunting] Kematian
- Memnon dari Rhodes, ketua askar upahan Yunani (lahir 380 SM)
- Charidemus, ketua askar upahan Yunani