336 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
Tahun:


Peristiwa[sunting | sunting sumber]

Mengikut tempat[sunting | sunting sumber]

Yunani[sunting | sunting sumber]

  • Menyusul perkahwinan Philip II dari Macedon dengan Eurydice, Alexander Agung dan ibunya, Olympias, melarikan diri ke Epirus, dengan Alexander kemudian berpindah ke Illyria. Bagaimanapun tidak lama kemudian, bapa dan anak berdamai dan Alexander kembali, tetapi kedudukannya sebagai pewaris masih lemah.
  • Tentera Macedon di bawah Parmenion, pembantu yang dipercayai oleh Philip II, tiba di Asia Minor, tetapi diundurkan oleh tentera Parsi di bawah Memnon dari Rhodes, askar upahan Yunani.
  • Dalam perayaan perkahwinan anak perempuannya, Cleopatra, kepada Alexander I dari Epirus (abang Olympias), Philip II dibunuh di Aegae oleh Pausanias dari Orestis, seorang bangsawan Macedon yang muda yang amat tidak puas hati dengan Attalus, bapa saudara permaisuri, serta dengan Philip kerana tidak memberinya keadilan. Pausanias dibunuh pada masa itu juga.
  • Philip II dari Macedon diwarisi oleh puteranya, Alexander III. Antipater, salah satu jeneral utama di Macedonia pada kemangkatan Philip II, membantu Alexander III naik takhta.
  • Parmenion, jeneral Macedon, mengisytiharkan kemahkotaan Alexander III dan membantu dalam pembunuhan putera-putera daripada kawasan Lynkestis (yang dikatakan di sebalik pembunuhan Philip), pesaing-pesaing yang mungkin, serta ahli-ahli puak-puak yang menentang Alexander. Olympias, ibu Alexander III, mengatur pembunuhan Eurydice bersama-sama dengan bayi perempuannya serta Attalus, bapa saudara Eurydice yang berpengaruh.
  • Alexander dengan serta-merta menghukum mati Amyntas IV, putera kepada Raja Perdiccas III serta sepupu Alexander.
  • Selepas mematahkan pemberontakan di Macedon dan menumpaskan tentera Illyria, Alexander muncul di pintu kota Thebes dan menerima penyerahan kota itu. Beliau kemudian mara menuju Segenting Corinth dan dipilih oleh perhimpunan penduduk Yunani di sana sebagai komander mereka terhadap Parsi.
  • Pengerahan diperkenalkan di Athens, dengan semua pemuda diperlukan melaksanakan tugas-tugas yang sebahagiannya merupakan tugas ketenteraan dan bahagian yang lain merupakan tugas awam.
  • Aeschines mengambil tindakan guaman terhadap Ctesiphon kerana menyalahi undang-undang apabila mencadangkan penganugerahan mahkota kepada Demosthenes, pemimpin Athens, sebagai penghargaan untuk perkhidmatannya kepada Athens.

Empayar Parsi[sunting | sunting sumber]

  • Arses, raja Parsi yang muda, membantah terhadap kawalan Bagoas dan mencuba meracuninya. Sebaliknya, Arses dan semua anaknya dibunuh oleh Bagoas.
  • Bagoas kemudian cuba mencari seorang raja baru yang lebih mudah dikawal. Beliau memilih Codomannus, seorang saudara jauh kerabat diraja yang mengambil nama Darius III dari Persia. Ketika Darius III cuba menuntut kebebasannya terhadap kawalan Bagoas, Bagoas cuba meracuninya, tetapi Darius III telah diberi amaran dan memaksa Bagoas minum racun itu sendiri.

Kelahiran[sunting | sunting sumber]

Kematian[sunting | sunting sumber]