343 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
Tahun:


Peristiwa[sunting | sunting sumber]

Mengikut tempat[sunting | sunting sumber]

Yunani[sunting | sunting sumber]

  • Demosthenes, negarawan Athens, mendakwa Aeschines kerana menderhaka. Bagaimanapun, Aeschines mengungkit perbuatan-perbuatan lampau Timarchus, salah satu rakan Demosthenes, yang tidak senonoh. Aeschines dibebaskan daripada tuduhan dengan kelebihan undi yang sedikit.
  • Raja Philip II dari Macedon sekali lagi mara terhadap Cersobleptes, raja Thrace, dan selepas banyak pertempuran, membuatnya sebagai sebuah negara yang membayar ufti.

Itali Selatan[sunting | sunting sumber]

  • Puak-puak Lucani dan Brutti, puak-puak asli Itali, menekan tanah-tanah jajahan Yunani di Magna Gracia, termasuk Tarentum. Membalas kepada permintaan-permintaan bantuan daripada bekas tanah-tanah jajahan Yunani tersebut, Raja Archidamus III dari Sparta belayar dengan sepasukan askar upahan ke Itali.
  • Selepas penyerahannya kepada Timoleon, jeneral Corinth, yang mengambil alih sebagai raja Syracuse, Dionysius II, bekas penzalim, dibenarkan hidup dalam buangan di Corinth, walaupun beliau meninggal dunia dalam tahun yang sama. Perlembagaan Syracuse digantikan oleh Timoleon dengan sebuah perlembagaan baru yang direka bentuk supaya mencegah kezaliman. Timoleon menjemput peneroka-peneroka dari Yunani untuk menetap di Sicily.

Empayar Parsi[sunting | sunting sumber]

  • Artaxerxes III, raja Parsi, sendiri mengetuai seangkatan tentera Parsi untuk menyerang Mesir. Parsi sangat berminat untuk memperoleh bekalan-bekalan emas dan jagung Mesir. Kota Pelusium di Delta Nil menentang, tetapi Firaun Nectanebo II dipaksa berundur ke Memphis. Ketika keadaan itu merosot, Nectanebo II berangkat untuk hidup dalam buangan di Nubia. Keberangkatannya menandakan keakhiran Dinasti Ketiga Puluh, keluarga diraja asli yang terakhir untuk memerintah Mesir.
  • Dengan pelarian Nectanebo II, semua tentangan terancang terhadap tentera Parsi jatuh, dan Mesir sekali lagi dijadikan sebuah kawasan kesatrapan Empayar Parsi. Seorang satrap (gabenor) Parsi ditempatkan di Mesir. Tembok kota-kota di Mesir dimusnahkan dan candi-candinya dijarah. Artaxerxes dan panglima besarnya, Jeneral Bagoas, berangkat dari Mesir dengan banyak harta karun.

Republik Rom[sunting | sunting sumber]

  • Gabungan Samnium, kumpulan puak asli yang paling kuat di tanah tinggi Itali, memanjat turun ke Campania. Penduduk-penduduk kota Capua merayu kepada Rom untuk membantu menyelesaikan pergaduhan-pergaduhan dalaman mereka dan untuk menyelamatkan kota mereka daripada dimusnahkan oleh gabungan Samnium. Rom membalas dan memulakan Perang Samnium Pertama.

Kelahiran[sunting | sunting sumber]

Kematian[sunting | sunting sumber]