348 SM
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Abad: | Abad ke-5 SM · Abad ke-4 SM · Abad ke-3 SM |
| Dekad: | 370-an SM 360-an SM 350-an SM 340-an SM 330-an SM 320-an SM 310-an SM |
| Tahun: | 351 SM 350 SM 349 SM 348 SM 347 SM 346 SM 345 SM |
[sunting] Peristiwa
[sunting] Mengikut tempat
[sunting] Yunani
- Bantuan Athens kepada kota-kotanya di Macedon dialihkan untuk mematahkan pemberontakan di Euboea yang ditimbulkan oleh Philip II dari Macedon. Philip II menaklukkan kota Olynthus di Chalcidice dan mengilhakkan Chalcidice.
- Kota Eretria di pulau Euboea berjaya memberontak terhadap pemerintahan Athens, dan kemerdekaan diisytiharkan. Kemahiran taktikal Phocion, negarawan dan jeneral Athens, menyelamatkan angkatan tentera Athens yang dihantar untuk bertempur dengan penyokong-penyokong Philip II di Euboea.
[sunting] Empayar Parsi
- Selepas dikepung oleh tentera Raja Artaxerxes III dari Parsi, Sidon ditawan dan penduduk-penduduknya dihukum dengan begitu kejam.
[sunting] Republik Rom
- Rom dan Carthage memeterai perjanjian perdagangan yang menyebabkan Carthage berjanji tidak akan menyerang negara-negara Latin yang setia kepada Rom. Perjanjian ini membayangkan bahawa Rom kini merupakan kuasa utama di dalam Liga Latin.