36-bit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pemproses
4-bit 8-bit 12-bit 16-bit 18-bit 24-bit 31-bit 32-bit 36-bit 48-bit 64-bit 128-bit
Penggunaan
16-bit 32-bit 64-bit
Saiz data
nibel   oktet   bait   kata   kata-d   kata-q

Integer, alamat ingatan, dan unit data 36-bit yang lain dalam bidang seni bina komputer ialah unsur yang tidak melebihi 36 bit (6 aksara) lebarnya. Seni bina unit pemprosesan pusat (CPU) dan unit logik aritmetik (ALU) 36-bit juga merupakan seni bina yang bersandarkan pendaftar, bas alamat, atau bas data dengan saiz itu.

Banyak komputer awal yang menyasarkan pasaran saintifik mempunyai panjang kata 36-bit. Kepanjangan kata itu mencukupi untuk mewakili integer positif dan integer negatif sehingga kepersisan sepuluh digit perpuluhan (dengan 35 bit merupakan minimum). Ini juga membolehkan penyimpanan enam abjad angka yang dikodkan dalam pengekodan aksara 6-bit. Sebelum pengenalan komputer, tahap pencapaian kepersisan pengiraan saintifik dan kejuruteraan ialalh alat kira mekanik 10 digit dikuasai elektrik, seperti yang dikeluarkan oleh Friden, Marchant, dan Monroe. Alat kira itu mempunyai satu lajur kekunci bagi setiap digit, dengan pengguna dilatih untuk menggunakan kesemua jari mereka sewaktu memasukkan nombor. Justera, sepuluh ialah had yang praktikal, walaupun sesetengah alat kira khusus juga mempunyai lebih banyak lajur. Komputer, sebagai pesaing baharu, perlu menandingi kepersisan tersebut. Komputer perpuluhan yang dijual pada zamanitu, misalnya IBM 650 dan IBM 7070, mempunyai kata 10 digit panjangnya, sebagaimana juga dengan ENIAC, salah satu komputer yang terawal.

Komputer yang memiliki kata 36-bit termasuk siri:

Alat yang lebih kecil seperti PDP-1/9/15 mempergunakan kata 18-bit, dengan kata ganda dua menjadi 36 bit. EDSAC juga menggunakan skema yang serupa. Oleh sebab komputer-komputer itu menggunakan pengalamatan kata 18-bit, bukan pengalamatan bait, namun ia memberikan ruang alamat sebanyak 218 kata 36-bit, iaitu lebih kurang 1 megabait storan. Kebanyakan komputer itu pada asalnya juga terhad kepada ingatan fizikal yang sama jumlahnya. Seni bina yang dapat kekal kemudian berkembang dengan berlangsungnnya masa untuk menyokong ruang alamat maya yang lebih besar menerusi pemetakan ingatan atau mekanisme yang lain.

Susunan aksara yang biasa termasuk:

  • enam aksara 6-bit Fieldata atau aksara BCD IBM (digunakan secara meluas pada peringkat awal);
  • lima aksara 7-bit dan 1 bit tak diguna (konvensi PDP-6/10 yang biasa);
  • empat aksara 8-bit (7-bit ASCII dan 1 bit tak diguna atau 8-bit EBCDIC) dan 4 bit tak diguna; dan
  • empat aksara 9-bit (konvensi Multics).

Aksara diambil daripada kata, baik dengan menggunakan penganjakan piawai dan operasi topeng mahupun dengan menggunakan perkakasan tujuan khas yang menyokong 6-bit, 9-bit, atau aksara panjang boleh ubah. Univac 1100/2200 menggunakan suruhan penentu kata separa atau daftar "J" untuk mencapai aksara. Di samping itu, GE-600 mempergunakan kata khas tak langsung untuk mencapai aksara 6-bit dan aksara 9-bit, manakala PDP-6/10 mempunyai suruhan khas untuk mencapai medan bait panjang sembarangan. Sebaliknya, bahasa pengaturcaraan C memerlukan semua ingatan dicapai sebagai bait dan justera itu, semua perlaksanaan C pada mesin 36-bit menggunakan bait 9-bit.

Menjelang saat IBM memperkenalkan System/360, pengiraan saintifik telah beralih kepada titik apung dan oleh itu, alat kira mekanik tidak lagi merupakan pesaingnya. Alat-alat kira 360 juga merangkumi suruhan untuk aritmetik perpuluhan panjang boleh ubah bagi penggunaan komersil dan justera itu, amalan menggunakan panjang kata kuasa dua dengan pantasnya menjadi suatu amalan yang sejagat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]