392 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Abad: Abad ke-5 SM · Abad ke-4 SM · Abad ke-3 SM
Dekad: 420-an SM 410-an SM 400-an SM 390-an SM 380-an SM 370-an SM 360-an SM
Tahun: 395 SM 394 SM 393 SM 392 SM 391 SM 390 SM 389 SM


Peristiwa[sunting | sunting sumber]

Mengikut tempat[sunting | sunting sumber]

Yunani[sunting | sunting sumber]

  • Sparta menghantar dutanya, Antalcidas, untuk berjumpa dengan Tiribazus, satrap (gabenor) Parsi, dengan harapan untuk menyebabkan Parsi bermusuh dengan sekutu-sekutunya. Antalcidas memberitahu Tiribazus bahawa Conon telah mempergunakan armada Parsi untuk memulakan pembinaan semula empayar Athens. Mendapat tahu tentang perkara ini, Athens menghantar sebuah perwakilan yang diketuai oleh Conon untuk mengemukakan kes mereka kepada Parsi di Sardis. Terperanjat terhadap tindakan Conon, Tiribazus menangkapnya, dan memberikan wang secara rahsia kepada Sparta untuk membina armadanya. Walaupun Conon dapat melarikan diri dengan cepat, beliau maut di Cyprus tanpa kembali ke Athens.
  • Suatu persidangan perdamaian antara negara-negara kota Yunani diadakan di Sparta. Andocides, pemidato dan ahli politik Athens menyertai persidangan ini dengan tiga orang teman untuk merundingkan perdamaian dengan Sparta. Persidangan ini tidak berjaya, dan Athens menolak syarat-syarat yang dikemukan serta mengusir duta-duta tersebut.

Empayar Parsi[sunting | sunting sumber]

Sicily[sunting | sunting sumber]

  • Dionysius I dari Syracuse yang telah mengukuhkan diri terhadap penduduk-penduduk asli Sicily (Sicel), kini diserang oleh ekspedisi Carthage yang kedua, dan terpaksa bersekutu dengan penduduk-penduduk Sicel. Angkatan tentera Carthage di bawah Mago ditewaskan dan selepas membuat perdamaian, mereka pulang ke Carthage. Perjanjian ini dengan Carthage menguntungkan Dionysius.

Mengikut topik[sunting | sunting sumber]

Seni[sunting | sunting sumber]

Kelahiran[sunting | sunting sumber]

Kematian[sunting | sunting sumber]