416 SM
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Abad: | Abad ke-6 SM · Abad ke-5 SM · Abad ke-4 SM |
| Dekad: | 440-an SM 430-an SM 420-an SM 410-an SM 400-an SM 390-an SM 380-an SM |
| Tahun: | 419 SM 418 SM 417 SM 416 SM 415 SM 414 SM 413 SM |
Peristiwa [sunting]
Mengikut tempat [sunting]
Yunani [sunting]
- Dengan galakan daripada Alcibiades, tentera Athens menawan pulau Melos (yang tetap berkecuali semasa Perang Peloponnesus). Penduduk-penduduknya diperlakukan dengan penuh kezaliman oleh tentera Athens. Semua lelaki yang berupaya bersenjata dibunuh, manakala wanita-wanita dan kanak-kanak mereka dijadikan hamba.
- Di Sicily, kota Ionia di Segesta meminta bantuan Athens daripada kota Dorian di Selinus (yang dibantu oleh kota Syracuse, Sicily yang kuat). Penduduk-penduduk Syracuse berasal daripada kaum etnik Dorian (serupa dengan orang-orang Sparta), manakala orang-orang Athens dan sekutu-sekutunya di Sicily merupakan orang Ionia. Athens berasa terpaksa untuk membantu sekutunya, dan menyediakan sebuah armada untuk menyerang Sicily.