429 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Abad: Abad ke-6 SM · Abad ke-5 SM · Abad ke-4 SM
Dekad: 450-an SM 440-an SM 430-an SM 420-an SM 410-an SM 400-an SM 390-an SM
Tahun: 432 SM 431 SM 430 SM 429 SM 428 SM 427 SM 426 SM


Peristiwa[sunting | sunting sumber]

Mengikut tempat[sunting | sunting sumber]

Yunani[sunting | sunting sumber]

  • Tentera Athens di bawah Xenophon mara menuju Thrace untuk menyerang kota Chalcis. Mereka memusnahkan tanaman di luar Spartolus dan memulakan perundingan dengan puak-puak pro-Ahens di Chalcis, tetapi puak-puak anti-Athens meminta bantuan daripada Olynthus. Angkatan-angkatan tentera dari Chalcis, Spartolus, dan Olynthus bertempur dengan tentera Athens, tetapi askar hoplitnya (askar infantri) ditewaskan. Tenaga bantuan tiba dari Olynthus tidak lama kemudian, dan mereka melancarkan serangan kedua ke atas tentera Athens. Tentera Athens ditewaskan dan semua jeneralnya dan 430 orang yang lain dibunuh.
  • Phormio, laksamana Athens, mencapai dua kejayaan tentera laut dalam Pertempuran Naupactus di muara Teluk Corinth. Dalam pertempuran pertama, 20 buah kapalnya menewaskan 47 buah kapal Corinth di bawah kuasa pemerintahan Machaon, Isocrates, serta Agatharchidas yang sedang mara menuju Acarnania untuk memperkukuhkan kempen Cnemus, jeneral Sparta, di sana. Dalam pertempuran kedua, Phormio menewaskan armada Cnemus yang terdiri daripada 77 buah kapal.
  • Perdiccas II, raja Macedon, sekali lagi mengkhianati Athens dan menurunkan 1,000 orang askar untuk membantu serangan Sparta ke atas Acarnania. Bagaimanapun, tenaga bantuannya tiba terlalu lewat. Sebagai balasan terhadap perkara ini, Raja Sitalkes dari Thrace menyerang Macedon dengan seangkatan tentera yang besar yang termasuk puak-puak Thrace yang berasingan (umpamanya, puak-puak Dii) dan puak-puak Paionia (Agriane, Laeaean). Kemaraannya menjadi perlahan apabila bantuan yang dijanjikan oleh Athens tidak berhasil. Oleh itu, Perdiccas semula lagi menggunakan diplomasi untuk memastikan kewujudan Macedon. Baginda berjanji mengahwinkan adik perempuannya dengan anak saudara Sitalkes yang kemudian memujuk Sitalkes untuk meninggalkan Macedon.
  • Wabak di Athens yang meragut beribu-ribu nyawa, juga membunuh Pericles. Beliau diwarisi oleh Cleon yang mengetuai tentangan terhadap pemerintahannya.

Kelahiran[sunting | sunting sumber]

Kematian[sunting | sunting sumber]