493 SM
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Abad: | Abad ke-6 SM · Abad ke-5 SM · Abad ke-4 SM |
| Dekad: | 520-an SM 510-an SM 500-an SM 490-an SM 480-an SM 470-an SM 460-an SM |
| Tahun: | 496 SM 495 SM 494 SM 493 SM 492 SM 491 SM 490 SM |
Peristiwa [sunting]
Mengikut tempat [sunting]
Empayar Paris [sunting]
Yunani [sunting]
- Orang-orang Athens memilih Themistocles sebagai arkon, jawatan yang merupakan ketua pegawai kehakiman dan eksekutif awam di Athens. Beliau lebih suka akan pertentangan terhadap Parsi.
- Themistocles memulakan pembinaan sebuah pangkalan tentera laut berkubu di Piraeus, kota pelabuhan Athens.
- Antara pelarian-pelarian yang tiba di Ionia selepas kegagalan Pemberontakan Ionia ialah seorang ketua yang bernama Miltiades. Beliau mempunyai reputasi yang baik sebagai seorang askar, dan dijadikan jeneral tentera Athens oleh Themistocles.
Rom [sunting]
- Coriolanus menawan kota Corioli di Volsci untuk Rom.
- Semasa tempoh kekonsulannya yang kedua, Spurius Cassius Vecellinus, konsul Rom, mengikat perjanjian pertahanan bersama dengan desa-desa dan puak-puak Latin yang berjiran. Perjanjian itu mengakui semua perikatan kontrak komersil di seluruh kota-kotanya. Rom melepaskan tuntutan hegemoninya terhadap Liga Latin dan sebagai balasan, diakui sebagai kota utama di dalam Liga.