494 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Abad: Abad ke-6 SM · Abad ke-5 SM · Abad ke-4 SM
Dekad: 520-an SM 510-an SM 500-an SM 490-an SM 480-an SM 470-an SM 460-an SM
Tahun: 497 SM 496 SM 495 SM 494 SM 493 SM 492 SM 491 SM


Peristiwa[sunting | sunting sumber]

Mengikut tempat[sunting | sunting sumber]

Empayar Parsi[sunting | sunting sumber]

  • Setelah berjaya menawan banyak daripada negara-negara kota Yunani yang memberontak, tentera Parsi di bawah Artaphernes mengepung Miletus. Pertempuran Lade yang muktamad diadakan di pulau Lade, dekat pelabuhan Miletus. Walaupun bilangan mereka kurang daripada bilangan penyerang, armada Yunani nampaknya memenangi pertempuran sehingga kapal-kapal dari Samos dan Lesbos berundur. Pembelotan yang tiba-tiba ini mengubahkan arus pertempuran, dan armada Yunani dimusnahkan sama sekali. Miletus menyerah kalah tidak lama kemudian, dan Pemberontakan Ionia berakhir.
  • Artaphernes dan Mardonius, pemimpin-pemimpin Parsi, memberi autonomi kepada kota-kota Ionia. Mereka tidak mengambil tindakan balas kewangan terhadap kota-kota tersebut, tetapi hanya mengenakan kadar ufti yang dahulu. Parsi menghapuskan kezaliman-kezaliman Yunani di Ionia dan membenarkan demokrasi.
  • Tentera Parsi membakar Candi Apollo di Didyma.

Yunani[sunting | sunting sumber]

  • Sekutu-sekutu Parsi dari Phoenicia mengambil tindakan balas yang kejam terhadap tentera Yunani yang Phoenicia menganggap sebagai lanun.
  • Thrace dan Scythia menghalau Miltiades si Lebih Muda dari Semenanjung Yunani. Miltiades memuatkan lima kapal dengan harta karunnya dan menuju ke Athens. Salah satu kapal yang dipandu oleh Metiochos, anak sulung Mitiades, ditangkap dan Metiochos dibawa ke Parsi sebagai tawanan seumur hidup.
  • Cleomenes I, raja Sparta, menewaskan Argos dengan teruk di Sepeia, dekat Tiryns.
  • Histiaeus, bekas penzalim Miletus, ditangkap dan dikenakan hukuman mati di Sardis oleh Artaphernes.

Republik Rom[sunting | sunting sumber]

  • Pada keakhiran sebuah kempen ketenteraan, unsur marhaen dalam tentera Rom beredar ke Gunung Suci di luar Rom. Askar-askar dalam apa yang dipanggil "Warisan Marhaen" mengugut untuk mengasaskan kota yang baru. Untuk mengakhiri warisan ini, para marhaen diterima oleh golongan ningrat dan diberikan dua jawatan pimpinan yang digelarkan jawatan tribun.
  • Jawatan-jawatan aedil, majistret Rom kuno yang bertanggungjawab kepada candi dan kultus Ceres, dicipta buat pertama kali. Jawatan-jawatan ini yang dipegang oleh dua orang pegawai marhaen, dicipta pada masa yang sama dengan jawatan tribun.

Kelahiran[sunting | sunting sumber]

Kematian[sunting | sunting sumber]