4 September
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | September 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | ||||||
| 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
| 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
| 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
| 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
| 30 | ||||||
| MMXII | ||||||
4 September merupakan hari ke-247 (hari ke-248 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 118 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Pendatang di Australia.
[sunting] Peristiwa
- 476 - Pemimpin Jermanik Odoacer menawan Ravenna dan menggulingkan Romulus Augustus, Maharaja Empayar Rom Barat terakhir.
- 1260 - Puak Ghibelline Siena menewaskan puak Guelph Florence dalam Pertempuran Montaperti.
- 1886 - Selepas lebih 25 tahun menentang Tentera Amerika Syarikat dan Mexico, Geronimo (gambar) dari Apache Chiricahua menyerah diri di Arizona.
- 1888 - Pencipta Amerika Syarikat George Eastman mendaftarkan tanda dagangan "Kodak" selepas mendapat paten untuk kamera filemnya.
- 1956 - Komputer komersil pertama yang menggunakan penyimpanan maklumat magnet, IBM RAMAC 305, diperkenalkan.
- 1972 - Mark Spitz memenangi pingat emas renangnya yang ketujuh di Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman Barat, sekaligus menjadi atlet Olimpik pertama memenangi 7 pingat emas.
- 1998 - Larry Page dan Sergey Brin mengasaskan syarikat Google di Menlo Park, California, A.S., untuk mempromosikan enjin gelintar web yang dibangunkan mereka di Universiti Stanford.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||