6 Januari
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
| << | Januari | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
| 2008 | ||||||
6 Januari merupakan hari keenam dalam kalendar Gregory. Tinggal 359 hari (atau 360 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan hari Epifani (Kristian Barat)
[sunting] Peristiwa
- 1066 - Harold Godwinson dinobatkan sebagai Raja England.
- 1205 - Philip dari Swabia menjadi Raja Roman.
- 1449 - Maharaja Byzantine Constantine XI dinobatkan di Mistra.
- 1535 - Francisco Pizarro mengasaskan kota Lima, Peru.
- 1494 - Misa pertama di Dunia Baru disambut di La Isabela, Hispaniola.
- 1540 - Raja Henry VIII dari England berpermaisurikan Anne dari Cleves.
- 1579 - Kesatuan Atrecht ditandatangani.
- 1649 - Parlimen Rump mengundi agar Charles I menhadapi perbicaraan mahkamah.
- 1661 - Thomas Venner dan Pendukung Sistem Pemerintahan Beraja Kelima gagal dalam percubaan mereka merampas London daripada kerajaan baru Charles II.
- 1690 - Joseph, anakanda Maharaja Leopold I, menjadi Raja Roman.
- 1720 - Jawatankuasa Penyiasatan Rancangan Laut Selatan menerbitkan hasil siasatannya.
- 1781 - Dalam Pertempuran Jersey, pihak British menumpaskan cubaan terakhir Perancis untuk menceroboh Jersey.
- 1838 - Samuel Morse (gambar) berjaya menguji telegraf elektrik buat pertama kali.
- 1853 - Bakal Presiden Amerika Syarikat Franklin Pierce sekeluarga terlibat dalam kemalangan kereta api berhampiran Andover, Massachusetts.
- 1870 - Musikverein (Vienna) dilancarkan.
- 1887 - `Abd-allah II dari Harar melancarkan Pertempuran Chelenqo dengan serangan terhadap kem tentera Shewa pimpinan Negus Menelik II.
- 1893 - Gereja Besar Kebangsaan Washington dipiagamkan oleh Kongres Amerika Syarikat. Piagamnya ditandatangani oleh Presiden Benjamin Harrison.
- 1900 - Puak Boer menyerang Ladysmith, Afrika Selatan - lebih 1,000 orang terkorban.
- 1907 - Maria Montessori membuka sekolah dan pusat jagaan harian yang pertama untuk kanak-kanak kaum buruh di Rome.
- 1912 - New Mexico diterima sebagai negeri Amerika Syarikat yang ke-47.
- 1929 - Raja Alexander Serb, Croat dan Slovene memansuhkan perlembagaan negaranya dan memperkenalkan pemerintahan diktator.
- 1929 - Ibu Teresa tiba di Calcutta untuk memulakan usaha membantu golongan termiskin dan teruzur di India.
- 1930 - Perjalanan kereta berenjin diesel sulung dihabiskan (dari Indianapolis, Indiana, hingga Bandar Raya New York).
- 1931 - Thomas Edison menghantar permohonan paten yang terakhir.
- 1940 - Hukuman mati beramai-ramai dijalankan oleh pihak Jerman terhadap orang Poland di bandar raya Poznań, Warthegau.
- 1942 - Pan American Airlines menjadi syarikat penerbangan komersial pertama yang menjadualkan penerbangan antarabangsa.
- 1950 - United Kingdom mengiktiraf Republik Rakyat China. Republik China memutuskan hubungan dengan UK sebagai balasannya.
- 1978 - Mahkota St. Stephen, Mahkota Suci Hungary, dikembalikan ke Hungary dari Amerika Syarikat yang menjadi tempat persembunyiannya selepas Perang Dunia II.
- 1980 - The beginning of the first GPS epoch.
- 1995 - Kebakaran sebuah rumah pangsa di Manila yang menimbulkan syak menyebabkan terhalangnnya rancangan Oplan Bojinka, pelopor untuk serangan 11 September 2001.
- 2004 - Jaya Bharata Jananiya Tanujate dijadikan lagu rasmi negeri Karnataka.
- 2004 - Costas Simitis mengumumkan perletakan jawatan selai presiden Pergerakan Sosialis Se-Yunani di Greece.
- 2005 - Pembunuhan Pejuang Hak-hak Awam Mississippi: Edgar Ray Killen ditahan sebagai suspek pembunuhan tiga orang pejuang Hak Awam pada tahun 1964.

