7 April
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | April 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | |||||
| MMXII | ||||||
7 April merupakan hari ke-97 (hari ke-98 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 268 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kesihatan Sedunia.
[sunting] Peristiwa
- 529 - Maharaja Byzantine Justinian I (gambar) menerbitkan draf pertama Corpus Juris Civilis, percubaan pertama untuk mengkanunkan undang-undang Rom.
- 1348 - Raja Karel I dari Bohemia menerbitkan Krisobul (Titah-Perintah Emas) untuk mengasaskan Universiti Charles di Prague, universiti pertama di Eropah Tengah.
- 1795 - Meter diterimaguna sebagai unit jarak di Perancis.
- 1805 - Penggubah lagu Jerman Ludwig van Beethoven mempersembahkan buat kali pertama Simfoni Ketiganya, di Theater an der Wien di Vienna.
- 1945 - Perang Dunia Kedua: Kapal tempur terbesar di dunia, Yamato milik Jepun ditenggelamkan (gambar) 200 batu di utara Okinawa semasa Operasi Ten-Go.
- 1947 - Parti Ba'ath Arab ditubuhkan di Damsyik, Syria.
- 1948 - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendirikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
- 1998 - Ntv7 (Malaysia) dilancarkan.
- 2009 - Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang Perak, DUN Bukit Selambau Kedah dan DUN Batang Ai Sarawak diadakan secara serentak di Malaysia.
- 2009 - Bekas Presiden Peru Alberto Fujimori disabitkan bersalah atas tuduhan melanggar hak asasi manusia dan dihukum 25 tahun penjara.
- 2009 - Costa Rica, Filipina, Malaysia dan Uruguay tidak lagi disenaraihitamkan sebagai syurga cukai yang tidak bekerjasama dengan OECD.
- 2010 - Spesies baru biawak benggala Varanus bitatawa ditemui di Filipina.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||