A-7 Corsair II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
A-7 Corsair II
A-7E milik Tentera Laut A.S
Peranan Pesawat penyerang
Pengeluar Ling-Temco-Vought
Penerbangan sulung 26 September 1965
Diperkenalkan Februari 1967
Dihentikan 1991 (Tentera Udara A.S)
Pengguna utama Tentera Laut Amerika Syarikat
Tentera Udara Amerika Syarikat
Tentera Udara Portugal
Tentera Udara Greek
Jumlah dibina 1,569
Kos seunit AS$2.86 juta
Dibangunkan dari F-8 Crusader

A-7 Corsair II merupakan sebuah pesawat penyerang yang telah diubahsuai dengan menggunakan kerangka pesawat F-8 Crusader yang diubahsuai dengan badan yang lebih lebar dan lebih pendek untuk menjalankan operasi sokongan udara dekat untuk Tentera Udara Amerika Syarikat. Pesawat ini memulakan perkhidmatan dalam tahun 1965. A-7 Corsair II menerima jolokan SLUFF (Short, Little, Ugly Fat F**ker).

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Dalam tahun 1962, Tentera Laut Amerika menjalankan kerja persediaan untuk menggantikan pesawat A-4 Skyhawk dengan sejenis pesawat yang mempunyai jarak tempur yang lebih jauh dan keupayaan membawa lebih banyak bom. Penekanan diberikan kepada keupayaan mengena sasaran dengan tepat untuk membolehkan kos per sasaran diminimumkan.

Untuk mengurangkan kos, cadangan dihadkan kepada reka bentuk sedia ada. Vought, Douglas Aircraft, Grumman, dan North American Aviation mengemukakan cadangan. Cadangan Vought berasaskan pesawat F-8 Crusader diterima sebagai pemenang pada 11 Februari [[1964] dan pada 19 Mac tahun tersebut. Vought menerima tempahan untuk penghantaran kumpulan pertama pesawat ini.

Pesawat A-7 Corsair mempunyai ketinggian 16 kaki dan panjangnya 46 kaki, sementara depan sayapnya adalah 38 kaki 9 inci dengan berat kosong 19,500 lbs dan berat maksimum 42,000 lbs. Pesawat ini didorong oleh sebuah enjin turbofan Pratt and Whitney TF30. Keupayaan mengenai sasaran dengan tepat dibolehkan dengan penggunaan sistem automatik dengan sistem pandu arah elektronik dan sistem pengeboman. Pesawat A-7 Corsair menjadi pesawat pengebom utama Tentera Laut Amerika menjelang penghujung Perang Vietnam. Pesawat A-7 Corsair menjalankan misi terakhir Perang Vietnam dengan serangan ke atas sasaran di Kemboja pada 15 Ogos [[1973]. Pesawat A-7 Corsair adalah antra pesawat tempur paling awal menggunakan sistem HUD, sistem pandu arah inertia dibendung Doppler (doppler-bounded inertial navigation system) dan enjin turbofan.

Juru terbang pesawat A-7 Corsair II memuji pesawat ini kerana mudah dikendalikan dan pandangan hadapan yang amat baik, tetapi mengeluhkan kekurangan kasau tujahan enjin. Ini diatasi dengan penggunaan enjin TF-30 yang ditingkatkan. Enjin turbofan membawa penjimatan penggunaan bahan api yang amat ketara berbanding enjin jet sebelumnya.

Pesawat A-7 Tentera Laut Amerika mula ditempatkan di medan Perang Vietnam dalam tahun 1967 di atas kapal induk USS Ranger (CVA-61) dan pertama kali membuat penerbangan tempur pada 4 Disember [[1967]. Pesawat A-7B yang ditambah baik memasuki perkhidmatan peringkat skuadron pada awal tahun 1969.

Tentera Udara Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Tentera Udara Amerika Syarikat menggunakan pesawat A-7D mereka di Vietnam bermula dengan penempatan Sayap Pesawat Pejuang Taktikal ke-354 (354th Tactical Fighter Wing) di Pengkalan Udara Korat, Thailand. Pesawat A-7 ditugaskan untuk misi “Sandy” mengiringi helikopter CSAR dalam misi menyelamat.

Pada 18 November 1971, Mejar Colin A. Clarke mengetuai satu misi menyelamat anak kapal F-105 Wild Weasel yang ditembak jatuh. Misi tersebut mengambil masa 8.8 jam dalam mana Clarke dan pengiringnya menerima tembakan dari mesingan 13mm. Pesawat A-7D Tentera Udara Amerika Syarikat mengendalikan 12,928 kali penerbangan tempur di Vietnam dengan mengalami kehilangan 4 buah pesawat, kadar paling rendah untuk mana-mana jenis pesawat.

Varian[sunting | sunting sumber]

  • A-7A – 199 unit. Model pengeluaran asal, mempunyai sepucuk meriam Colt mk12 20mm dengan 250 butir peluru. Ordnans boleh dibawa 6800 kg tetapi dihadkan dengan berat pelepasan maksimum.
  • A-7B – 196 unit dibina. Menggunakan enjin TF30-P-8 yang dinaik taraf kepada tujahan 12,190 lbf (54.2 kN), kemudiannya dinaik taraf sekali lagi kepada enjin TF30-P-408 dengan tujahan 13,390 lbf (59.6 kN)

engine with 12,190 lbf (54.2 kN) of thrust. In 1971, surviving A-7B were further

  • A-7C – 67 unit menggunakan enjin TF30 untuk A-7E
  • TA-7C – 60 unit diubahsuai menjadi pesawat latihan.
  • A-7D – 459 unit dibina. Versi untuk Tentera Udara Amerika Syarikat. Menggunakan enjin Allison TF41-A-1 turbofan, versi Rolls-Royce Spey. Mempunyai kuasa tujahan 14,500 lbf (64.5 kN), avionik yang dinaik taraf, meriam 20 mm M61 Vulcan gatling, keupayaan mengisi minyak dalam penerbangan.
  • A-7E - 529 unit untuk Tentera Laut Amerika Syarikat. Menggunakan enjin Allison TF41-A-1 turbofan.
  • A-7H – 60 unit, versi untuk Greece.
  • TA-7H – versi pesawat latihan dua tempat duduk untuk Greece
  • TA-7K – 30 unit, versi pesawat latihan dua tempat untuk Pengawal Udara Kebangsaan (Air National Guard),
  • A-7P - versi untuk Portugal
  • TA-7P - versi pesawat latihan dua tempat duduk untuk Portugal

Spesifikasi (A-7D)[sunting | sunting sumber]

Pandangan hadapan di udara pesawat TA-7K Corsair II.
Pesawat A-7D-7-CV yang berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara England menggugurkan bom Mark 82.
A-7E Corsair II di atas kapal pengangkut pesawat USS Dwight D. Eisenhower (CVN 69).

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 46 kaki 1.5 in (14.06 m)
  • Rentang sayap: 38 kaki 9 in (11.81 m)
  • Tinggi: 16 kaki 0.75 in (4.90 m)
  • Sayap luas: 375 kaki² (34.8 m²)
  • Aerofoil: NACA 65A007 pangkal dan hujung
  • Berat kosong: 19,915 Ib (9,033 kg)
  • Berat berisi: 29,040 lb (13,200 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 42,000 lb (19,050 kg)
  • Loji kuasa:Allison TF41-A-1 turbofan, 14,500 lbf (64.5 kN)

Prestasi

Persenjataan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]