A-level

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

A-level, singkatan bagi Advanced Level, merupakan kelayakan Sijil Am Pendidikan (General Certificate of Education) di United Kingdom, biasanya diduduki oleh pelajar menjelang dua tahun terakhir pada sekolah menengah (pada Tahun 12 & 13 dan lebih dikenali sebagai Tingkatan 6), atau kolej tingkatan 6 (sixth form college) atau kolej melanjutkan pendidikan (further education college), selepas menduduki peperiksaan IGCSE atau GCSE. Kelayakan peperiksaan tersebut diiktiraf oleh seluruh dunia.

Peperiksaan ini tidak wajib kepada semua pelajar di England, Wales, dan Ireland Utara. Di Scotland, pelajar biasanya menduduki peperiksaan Higher dan Advanced Higher bagi Sijil Kelayakan Scotland (Scottish Qualification Certificate). Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah tersebut boleh menawarkan A-level kepada pelajar-pelajarnya.

A-levels juga diduduki oleh pelajar-pelajar bagi sesetengah negara Komanwel, seperti Pakistan, Caribbean Komanwel, Cyprus, Hong Kong, Mauritius, Sri Lanka, Singapura, Zimbabwe, Malawi, Malta, Zambia dan Afrika Selatan. Di India, sistem yang sama masih digunakan, walaupun nama bagi peperiksaan adalah tidak sama. Oleh kerana perubahan masing-masing bagi sistem-sistem tersebut, peperiksaan-peperiksaan tersebut adalah berbeza dengan A-levels yang diduduki di United Kingdom tetapi piawainya adalah sama. Walau bagaimanapun, GCE A-levels British adalah diduduki oleh semua pelajar di seluruh dunia kerana banyak sekolah antarabangsa memilih sistem British disebabkan peperiksaan di England adalah diiktiraf oleh seluruh dunia. Selain itu, pelajar boleh memilih untuk menduduki peperiksaan yang disediakan oleh badan peperiksaan British di pusat-pusat pendidikan di seluruh dunia.

Senarai mata pelajaran yang ditawarkan[sunting | sunting sumber]

A[sunting | sunting sumber]

  • Accounting
  • Ancient History
  • Ancient Hebrew
  • Arabic
  • Arabic
  • Arabic (First Language)
  • Arabic Literature
  • Afrikaans
  • Archaeology
  • Art and Design
  • Art History
  • Art (Textiles)
  • Art (Fine Art)
  • Astronomy
  • Automotive Engineering

B[sunting | sunting sumber]

  • Bengali
  • Biblical Hebrew
  • Biology
  • Building and Architectural Technology
  • Building Services
  • Business and Communications Systems
  • Business Management
  • Business Studies

C[sunting | sunting sumber]

  • Chemistry
  • Chinese
  • Chinese (First Language)
  • Chinese Language
  • Chinese Literature
  • Civil Engineering
  • Citizenship Studies
  • Classical Civilisation
  • Classical Greek
  • Classical Studies
  • Communication Studies
  • Computing
  • Construction and the Built Environment
  • Craft and Design
  • Critical Thinking
  • Czech (First Language)

D[sunting | sunting sumber]

  • Dance
  • Design and Technology - Food Technology
  • Design and Technology - Product Design
  • Design and Technology - Systems and Control
  • Design and Technology - Graphics Design
  • Divinity
  • Drama
  • Drama and Theatre
  • Dress and Textiles
  • Dutch (First Language)
  • Dutch

E[sunting | sunting sumber]

  • Economics
  • Economics and Business
  • Electronics
  • Engineering
  • English Language
  • English Language and Literature
  • English Literature
  • Environmental Management
  • Environmental Science
  • Equine Studies
  • European Studies (AS only)

F[sunting | sunting sumber]

  • Film Studies
  • Food Studies
  • French
  • French (First Language)
  • French Language
  • French Literature
  • Further Mathematics
  • Further Mathematics (Additional)

G[sunting | sunting sumber]

  • Goidelic|Gaelic
  • General Paper
  • General Studies
  • Geography
  • Geology
  • Geometrical and Mechanical Drawing
  • German
  • German Language
  • Government and Politics
  • Graphic Design
  • Greek
  • Gujarati

H[sunting | sunting sumber]

  • Hebrew/Modern Hebrew
  • Health and Social Care
  • Hindi
  • Hindi Language
  • Hindi Literature
  • History
  • Home Economics
  • Hospitality and Catering
  • Human Biology

I[sunting | sunting sumber]

  • Information and Communications Technology (ICT)
  • Irish
  • Islamic Studies
  • Italian
  • Italian (First Language)
  • Ivrit
  • Ivrit (First Language)

J[sunting | sunting sumber]

  • Japanese
  • Japanese (First Language)
  • Jewish Studies

K[sunting | sunting sumber]

  • Key Skills
  • Knowledge and Inquiry

L[sunting | sunting sumber]

  • Latin
  • Law
  • Leisure and Recreation
  • Leisure Studies

M[sunting | sunting sumber]

  • Malay
  • Manufacturing
  • Marathi
  • Marathi Language
  • Marathi Literature
  • Marine Science
  • Mathematics (with either Statistics, Mechanics or Decision Mathematics)
  • Media Studies
  • Media Communication and Production
  • Moving Image Arts
  • Modern History (British & German)
  • Modern Greek
  • Music
  • Music Technology

P[sunting | sunting sumber]

  • Punjabi
  • Performing Arts
  • Performance Studies
  • Persian
  • Philosophy
  • Philosophy and Ethics
  • Photography
  • Physical Education/Sport and Physical Education
  • Physics
  • Polish
  • Polish (First Language)
  • Politics or Government & Politics
  • Portuguese
  • Portuguese Literature
  • Portuguese (First Language)
  • Product Design
  • Psychology
  • Pure Mathematics

R[sunting | sunting sumber]

  • Religious Studies
  • Retail and Distribution
  • Russian

S[sunting | sunting sumber]

  • Science
  • Science for Public Understanding (AS sahaja)
  • Shona
  • Social Policy
  • Social Science: Citizenship (AS sahaja)
  • Sociology
  • Spanish
  • Spanish (First Language)
  • Spanish Language
  • Spanish Literature
  • Sports Studies
  • Statistics
  • Systems and Control Technology

T[sunting | sunting sumber]

  • Tamil
  • Tamil Language
  • Tamil Literature
  • Technology and Design
  • Telugu
  • Telugu Language
  • Telugu Literature
  • Textiles
  • Thai
  • Theatre Studies
  • Theology
  • Thinking Skills
  • Travel and Tourism
  • Turkish

U[sunting | sunting sumber]

  • Urdu
  • Urdu Language
  • Urdu Literature
  • Use of Mathematics (AS sahaja)

W[sunting | sunting sumber]

  • Welsh
  • Welsh (First Language)
  • Welsh Literature
  • World Development

Gred[sunting | sunting sumber]

A-level diberi gred dari A ke E. Setiap gred mempunyai peratus yang spesifik bergantung pada markah Skala Markah Uniform (UMS):

Gred Peratus
A 80% - 100%
B 70% - 79%
C 60% - 69%
D 50% - 59%
E 40% - 49%

A-level bagi kemasukan universiti British[sunting | sunting sumber]

Oleh sebab pelajar-pelajar A-level biasanya memohon untuk memasuki universiti sebelum mengambil peperiksaan akhir tahun, universiti-universiti British (termasuk universiti-universiti di Scotland yang juga menerima banyak permohonan pelajar A-level) menimbang ramalan keputusan A-level apabila membuat untuk menawarkan tempat kepada pemohon tersebut. Ramalan tersebut dibuat oleh guru-guru bagi pelajar tersebut dan ramalan tersebut mungkin tidak tepat. Oleh itu, penerimaan pelajar untuk mengambil mana-mana kursus bergantung pada pencapaian sebenar gred pelajar tersebut,seperti keputusan mestilah B-B-C bagi sesuatu kursus. Pihak universiti boleh menentukan subjek yang wajib bagi pemohon. Gred-gred A-level juga biasanya dikira dalam bentuk skor markah menerusi sistem kemasukan universiti UCAS. Sebagai contoh, dalam sistem UCAS, bagi setiap gred A dalam A-level berjumlah 120 markah dan setiap gred B adalah 100, setiap gred C adalah 80, dan setiap gred D adalah 60 dan sebagainya. Oleh itu, sesebuah universiti boleh menentukan bahawa kelayakan pemohon adalah 280 markah. Sistem ini memberikan fleksibiliti yang lebih besar kepada pelajar, kerana 280 markah juga boleh dicapai oleh kombinasi gred A-B-D, yang kemungkinan tidak dapat memenuhi kelayakan B-B-C disebabkan mendapat gred D. Sistem markah tersebut juga membenarkan pengiraan markah untuk bidang bukan akademik, seperti gred muzik yang berperingkat tinggi atau kursus kemahiran yang lain.

Universiti-universiti yang menawarkan A Level[sunting | sunting sumber]

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, kursus A level adalah antara kursus yang paling mahal berbanding dengan kursus-kursus pra-universiti yang lain. Kursus A Level hanya ditawarkan di institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) dan tidak ditawarkan di mana-mana institusi pendidikan tinggi awam (IPTA). Antara IPTS yang menawarkan kursus A level[1] adalah:

  • Brickfields Asia College
  • INTI International University
  • KBU International College
  • KDU University College
  • SEGi University
  • Sunway University
  • Taylor's University
  • UCSI University
  • Kolej Tuanku Jaafar
  • Kolej Yayasan UEM
  • Sinaran Institute
  • INTEC Education College
  • Kolej MARA Seremban
  • German-Malaysian Institute

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ A Level di Malaysia Diarkibkan 2015-07-10 di Wayback Machine. UniDigest.com. Diperoleh pada Julai 10, 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]