A.C. Milan
| AC Milan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Nama penuh | Associazione Calcio Milan SpA | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Gelaran | Rossoneri (Merah-Hitam) il Diavolo (the Devil) |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Ditubuhkan | 16 Disember 1899 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Lokasi | San Siro, Milan (Kapasiti 82,955) |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Pengerusi | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Ketua Jurulatih | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Liga | Serie A | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 2007-08 | Serie A, Ke-5 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Associazione Calcio Milan, atau lebih dikenali sebagai Milan, merupakan kelab bola sepak profesional Itali yang berpangkalan di Milan. Kelab ini ditubuhkan pada tahun 1899 dan sejak itu telah menghabiskan hampir keseluruhan sejarahnya di liga teratas bolasepak Itali.
Dalam kejohanan Eropah dan Dunia, AC Milan telah memenangi 18 gelaran juara antarabangsa yang diiktiraf, paling banyak antara semua kelab di dunia.[1] Kelab itu telah memenangi Liga Juara-Juara UEFA sebanyak tujuh kali; hanya Real Madrid sahaja yang telah memenanginya lebih banyak (9).[2] Dalam kejohanan di Itali pula, AC Milan merupakan kelab kedua yang paling berjaya dengan 17 gelaran juara liga; di belakang Juventus (27).[3] AC Milan telah memenangi Piala Antara Benua/Piala Dunia Kelab empat kali, paling banyak antara semua kelab di dunia.
Antara kejuaraan lain yang telah dimenangi Milan adalah Piala Super Eropah lima kali, Cup Winners' Cup dua kali, walaubagaimanapun mereka tidak pernah berjaya ke final Piala UEFA (hanya pernah berjaya ke dua separuh-akhir). Di Itali, Coppa Italia (Piala Itali) lima kali dan juga lima Piala Super Itali. AC Milan juga merupakan salah satu pengasas G-14, iaitu kumpulan yang mewakili 18 kelab bolasepak paling besar dan berprestij di Eropah sebelum ia dibubarkan.[4]
Perlawanan tempat sendiri mereka dilangsungkan di San Siro, yang dikenali juga sebagai Stadio Giuseppe Meazza. Stadium tersebut, yang dikongsi bersama dengan seterunya Inter Milan, merupakan yang terbesar dalam bolasepak Itali, dengan jumlah kapasiti sebanyak 82,955.
Isi kandungan |
Sejarah [sunting]
Kelab ini ditubuhkan sebagai sebuah kelab kriket pada tahun 1899 oleh dua orang ekspatriat British Alfred Edwards dan Herbert Kilpin, yang datang dari Nottingham. Sebagai tanda hormat pada asal-usulnya, kelab itu telah memilih untuk mengekalkan ejaan Bahasa Inggeris pada namanya, daripada menukarnya kepada Bahasa Itali Milano (walaupun ia terpaksa melakukannya sewaktu rejim fasis, seperti Genoa dan Inter); ia juga harus diketahui bahawa sebutan Italinya yang sebenarnya adalah MEE-lan, dari dialek tempatan. AC Milan memenangi kejuaraan Itali pertamanya pada 1901, dan sekali lagi pada 1906 and 1907.
Pada tahun 1908 kelab itu telah mengalami perpecahan yang disebabkan oleh perbalahan dalaman mengenai pengambilan pemain asing, yang kemudiannya menjurus kepada penubuhan sebuah lagi kelab Milan, F.C. Internazionale Milano. Selepas peristiwa ini, AC Milan telah gagal memenangi sebarang kejuaraan domestik sehinggalah 1950-51. Pada tahun 1963 mereka memperoleh kejuaraan antarabangsa sulungnya, dengan memenangi Piala Eropah mengalahkan S.L. Benfica di final. Kejayaan ini diulangi pada 1969, dan diikuti dengan Piala Antara Benua pada tahun yang sama. Selepas persaraan Gianni Rivera, Milan mengalami zaman kemerosotan, di mana mereka telah terlibat dengan skandal Totonero 1980 dan disingkir ke Serie B sebagai hukuman, kali pertama dalam sejarah mereka. Skandal itu berkisar pada sebuah sindiket pertaruhan yang membayar pemain dan pengadil untuk mengatur keputusan perlawanan. AC Milan berjaya naik semula ke Serie A dengan cepat, tetapi kembali ke Serie B hanya semusim kemudian setelah mereka menamatkan musim Serie A 1981-82 mereka di zon penyingkiran.
Pada tahun 1986, pengusaha Silvio Berlusconi telah membeli kelab tersebut, dan lantas membelanjakan duit yang banyak dalam pasukan itu, melantik jurulatih yang sedang meningkat naik Arrigo Sacchi sebagai ketua jurulatih rossoneri dan membeli tiga pemain Belanda iaitu Marco van Basten, Ruud Gullit dan Frank Rijkaard. Ini merupakan permulaan zaman paling gemilang dalam sejarah kelab itu, di mana AC Milan telah memenangi tujuh kejuaraan domestik, lima trofi Liga Juara-Juara Eropah, dan tiga Piala Antara Benua.
Baru-baru ini, Milan telah terlibat dengan skandal Serie A 2006 di mana lima pasukan telah didakwa mengatur keputusan perlawanan dengan memilih pengadil yang memihak kepada mereka. Milan pada mulanya dihukum pemotongan 15 mata dan menyebabkannya tidak layak ke Liga Juara-Juara. Setelah rayuan, hukuman tersebut dikurangkan kepada 8 mata dan mereka dibenarkan menyertai Liga Juara-Juara 2006-07, di mana mereka berjaya memenangi kejohanan tersebut.
Skuad semasa [sunting]
Seperti pada 31 Ogos 2012[5] Nombor jersi telah disahkan.[6]
|
|
Dipinjamkan [sunting]
|
Nombor yang telah disimpan [sunting]
3 –
Paolo Maldini, bek kiri dan kemudian bek tengah (1984–sekarang) mungkin diguna semula untuk mana-mana anak Maldini [9]
6 –
Franco Baresi, sweeper (1977-1997)
Pemain terkenal [sunting]
Sejarah presiden [sunting]
Milan telah mempunyai beberapa presiden dalam sejarah mereka, sesetengah daripadanya adalah pemilik kelab itu manakala yang lain pernah menjadi presiden kehormat. Ini merupakan senarai lengkap mereka.[10]
|
|
|
Sejarah pengurus [sunting]
Berikut merupakan senarai jurulatih Milan dari 1900 sehingga kini.[11]
|
|
Statistik dan rekod kelab [sunting]
Paolo Maldini setakat ini memegang kedua-dua rekod penampilan terbanyak keseluruhan dan Serie A untuk Milan dengan 1000 penampilan secara keseluruhan, dan 600 dalam Serie A (seperti pada 14 Mei, 2007, tidak termasuk perlawanan playoff), di mana ia merupakan rekod sepanjang masa dalam sejarah Serie A. [12]
Penjaring terbanyak keseluruhan Milan adalah seorang pemain Sweden, Gunnar Nordahl di mana, dalam 268 perlawanan, telah berjaya menjaringkan 221 gol.[13] Andriy Shevchenko berada di tempat kedua dengan 173 gol dalam 298 perlawanan untuk kelab itu. Penjaring terbanyak dalam skuad ketika ini adalah Filippo Inzaghi yang telah menjaringkan 100 gol dalam 217 perlawanan.
Kelab itu juga memegang rekod unik dengan menamatkan sesebuah musim tanpa kalah sebarang perlawanan dalam musim 1991-92. Secara keseluruhannya, rekod tanpa kalah itu berlanjutan sehingga 58 perlawanan, bermula dengan seri 0-0 dengan Parma pada 26 Mei 1991 dan secara ironiknya berakhir dengan kekalahan 1-0 di tempat sendiri kepada Parma pada 21 Mac 1993. Rekod tanpa kalah ini merupakan rekod Serie A dan ia adalah rekod tanpa kalah ke-3 terpanjang dalam liga atasan bolasepak Eropah. Ia berada di belakang rekod Steaua Bucharest dengan 104 perlawanan tanpa kalah dan Glasgow Celtic yang telah bermain 68 perlawanan tanpa kalah.[14][15]
Ketika ini, AC Milan memiliki kejuaraan antarabangsa kelab terbanyak di dunia yang diiktiraf FIFA setelah mengalahkan Boca Juniors dalam Piala Dunia Kelab FIFA 2007.[16] Milan juga merupakan pasukan nombor satu Europah mengikut senarai UEFA. Ini membolehkan Milan berada dalam tempat pertama dalam semua undian Eropah, dan membenarkan Milan mengelak kelab besar Eropah yang lain dalam kejohanan UEFA.[17]
Warna dan lencana [sunting]
Sepanjang keseluruhan sejarah kelab itu, mereka telah menggunakan warna merah dan hitam. Warna tersebut dipilih untuk melambangkan semangat juang yang tinggi para pemainnya (merah) dan kegerunan pihak lawan untuk menghadapi mereka (hitam). Disebabkan pakaian merah dan hitam Milan, mereka telah mendapat gelaran rossoneri.[18] Seluar putih dan stoking hitam digunakan sebagai sebahagian daripada pakaian sewaktu bermain sebagai tuan rumah.
Pakaian Milan sewaktu bermain di tempat lawan adalah sentiasa serba putih. Ia dianggap "pembawa tuah" oleh para penyokong dan kelab tersebut dalam final Liga Juara-juara, melihatkan kepada fakta di mana Milan telah memenangi enam final daripada lapan dengan memakai serba putih (hanya kalah kepada Ajax pada tahun 1995 dan Liverpool pada tahun 2005), manakala mereka hanya memenangi satu daripada tiga sewaktu memakai warna merah-hitam. Pakaian ketiga mereka berubah setiap tahun dan ia merupakan hitam dengan sedikit merah untuk musim terbaru, tetapi ia jarang digunakan.
Selama beberapa tahun, lencana Milan adalah bendera Milan; yang pada asalnya merupakan bendera Saint Ambrose.[19] Satu lagi gelaran yang diambil daripada warna kelab itu adalah "the Devil". Satu imej red devil pernah digunakan sebagai logo AC Milan dengan bintang Golden Star for Sport Excellence diletakkan bersebelahannya;[19] bintang tersebut dianugerahkan kepada kelab tersebut setelah mereka memenangi 10 kejuaraan liga. Ketika ini, lencana itu melambangkan warna kelab tersebut dengan bendera Comune di Milano, dengan akronim ACM di atas serta tahun penubuhan (1899) di bawah.[19]
Stadium [sunting]
- Untuk perincian mengenai topik ini, sila lihat Stadium San Siro.
Stadium pasukan itu ketika ini adalah San Siro yang berkapasiti 82,955 tempat duduk, secara rasminya dikenali sebagai Stadio Giuseppe Meazza sempena nama bekas pemain yang pernah bermain untuk kedua-dua Milan dan Internazionale. Nama San Siro diambil daripada daerah di mana ia terletak. Stadium ini dikongsi bersama Inter, sebuah lagi kelab bola sepak yang besar di Milan. Stadium ini terkenal dengan suasananya yang hebat disebabkan oleh kedudukan yang dekat di antara tempat duduknya dengan padang. Seringkali mercun digunakan oleh penonton dan menyebabkan masalah kerap berlaku.
Pada 19 Disember 2005, naib presiden AC Milan dan pengarah eksekutif Adriano Galliani mengumumkan bahawa kelab itu bercadang untuk berpindah dari San Siro. Beliau mengatakan bahawa stadium baru Milan akan berdasarkan Veltins-Arena dan mengikut standard stadium bola sepak di Amerika Syarikat, Jerman dan Sepanyol. Ia kemungkinan akan digunakan untuk bola sepak sahaja (tiada balapan olahraga). Stadium baru ini akan dinamakan sempena penaja.[20] Ia masih dilihat sekiranya perancangan ini akan diteruskan atau ia hanya satu plot untuk memaksa pemilik (Comune di Milano) untuk menjual stadium kepada Milan dengan harga nominal supaya kerja-kerja penambahbaikan dapat dilaksanakan. Terdapat juga khabar mengatakan mengenai keinginan Inter untuk membina stadium sendiri dan ini mungkin boleh memberi kesan kepada keputusan tersebut
Penyokong dan persaingan [sunting]
Milan merupakan salah satu kelab bolasepak yang paling ramai penyokong di Itali, menurut satu kajian pada Ogos 2007 oleh akhbar Itali La Repubblica[21]. Dari segi sejarah, Milan disokong oleh golongan pekerja dan ahli kesatuan sekerja,[22] di mana sebahagiannya terdiri daripada pendatang dari kawasan Selatan Itali. Sementara itu, kebanyakan penyokong saingannya pula Inter Milan merupakan golongan yang lebih kaya iaitu golongan pertengahan.[22]
Salah satu kumpulan ultra yang tertua dalam bolasepak Itali, Fossa dei Leoni, berasal dari Milan.[23] Ketika ini kumpulan ultra yang utama adalah Brigate Rossonere dan ia telah menjadi kumpulan utama sejak pertengahan 1970.[23] Dari segi politik, golongan ultra di Milan tidak pernah mempunyai kecenderungan,[23] tetapi pihak media seringkali mengaitkan mereka dengan golongan berhaluan kiri,[24] sehinggalah ketika di bawah Berlusconi sebagai presiden mereka kini dianggap sebagai berhaluan kanan.[25]
Para penyokong Genoa menganggap Milan sebagai musuh ketat selepas seorang penyokong Genoa Vincenzo Spagnolo telah terbunuh setelah ditikam seorang penyokong Milan pada Januari 1995.[26] Walaubagaimanapun, musuh utama Milan, adalah jirannya Inter; kedua-dua kelab ini bertemu dalam perlawanan yang sentiasa ditunggu-tunggu Derby della Madonnina dua kali setiap musim Serie A. Nama pertemuan ini merujuk kepada Blessed Virgin Mary, yang mana patungnya yang terletak di atas Milan Cathedral merupakan salah satu tempat tumpuan di kawasan tersebut. Perlawanan tersebut biasanya menimbulkan suasana yang rancak, di mana banyak sepanduk (kebanyakannya lucu dan mengandungi kata-kata kesat) direntangkan sebelum perlawanan. Mercun juga biasa diguna, tetapi ia juga telah menyebabkan perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara 2004-05 di antara Milan dan Inter pada 12 April, 2005, dihentikan setelah mercun yang dilemparkan dari tempat duduk penonton oleh penyokong Inter terkena bahu penjaga gol Milan Dida.[27]
Kejayaan [sunting]
Milan merupakan antara kelab paling berjaya di Itali, dengan memenangi jumlah keseluruhan 27 trofi, dan pasukan paling banyak menang di dunia untuk kejohanan antarabangsa[1] dengan 14 kejuaraan Eropah dan 4 gelaran juara Dunia. Milan juga telah mendapat penghormatan untuk memakai bintang pada jersi mereka untuk menandakan bahawa mereka telah memenangi lebih daripada 10 scudetti. Selain itu, Milan juga telah dibenarkan untuk memakai UEFA Badge of Honour pada jersi mereka sewaktu perlawanan Liga Juara-juara Eropah kerana mereka telah memenangi lebih daripada 5 Piala Eropah.[28]
Kejuaraan domestik [sunting]
Serie A / Italian Football Championship:
-
- Juara (18): 1901; 1906; 1907; 1950–51; 1954–55; 1956–57; 1958–59; 1961–62; 1967–68; 1978–79; 1987–88; 1991–92; 1992–93; 1993–94; 1995–96; 1998–99; 2003–04;2010-2011
- Naib juara (15): 1902; 1947–48; 1949–50; 1951–52, 1955–56, 1960–61; 1964–65; 1968–69; 1970–71; 1971–72; 1972–73; 1989–90; 1990–91; 2004–05;2011-2012
-
- Juara (2): 1980–81; 1982–83
-
- Juara (5): 1966–67; 1971-72; 1972–73; 1976–77; 2002–03
- Naib juara (7): 1941–42; 1967–68; 1970–71; 1974–75; 1984–85; 1989–90; 1997–98
Supercoppa Italiana: (rekod)
-
- Juara (6): 1988; 1992; 1993; 1994; 2004;2011
- Naib juara (3): 1996; 1999; 2003
Kejuaraan Eropah [sunting]
Liga Juara-Juara UEFA (pernah dikenali sebagai Piala Eropah)
Piala Super UEFA (rekod)
-
- Juara (5): 1989; 1990; 1994; 2003; 2007
- Naib juara (2): 1973; 1993
-
- Juara (2): 1967–68; 1972–73
- Naib juara (1): 1973–74
Kejuaraan Dunia [sunting]
-
- Juara (1): 2007
-
- Juara (3): 1969; 1989; 1990
- Naib juara (4): 1963; 1993; 1994; 2003
Kejuaraan tidak rasmi [sunting]
-
- Juara (2): 1951, 1956
- Naib juara (1): 1953
-
- Juara (1): 1981–82
AC Milan sebagai syarikat [sunting]
Menurut The Football Money League yang diterbitkan oleh perunding Deloitte, pada musim 2005–06, Milan merupakan kelab bolasepak kelima dalam senarai kelab dengan keuntungan paling banyak di dunia dengan pendapatan anggaran sebanyak €238.7 juta.[29] Ketika ini kelab itu juga merupakan kelab keenam terkaya di dunia menurut majalah Forbes, menjadikan mereka kelab terkaya dalam bolasepak Itali.[30]
Syarikat perjudian Austria iaitu bwin.com merupakan penaja utama pakaian Milan ketika ini selepas menandatangani perjanjian 4 tahun pada permulaan musim 2006–07 season.[31] Sebelum perjanjian tersebut, pembuat kereta Jerman iaitu Opel telah menaja Milan selama 12 musim. Sepanjang tempoh tersebut, Opel telah dipamerkan di hadapan baju mereka, tetapi pada musim 2004–05 dan 2005–06, Meriva dan Zafira (dua kereta buatan syarikat tersebut) telah dipamerkan.
Jersi ketika ini dibekalkan oleh pembuat barangan sukan Jerman iaitu Adidas, di mana perjanjian akan berjalan sehingga akhir musim 2007–08.[32] Perjanjian tersebut membuatkan Adidas menjadi pembuat rasmi semua pakaian, kelengkapan latihan dan pakaian replika mereka. Sebelum Adidas, syarikat sukan Itali iaitu Lotto merupakan pembuat barangan sukan Milan.
Pada 14 Januari, 2008, AC Milan dan Adidas telah memperbaharui kontrak tajaan tersebut sehingga 30 Jun, 2017. Menurut kontrak baru tersebut, Adidas akan bertanggungjawab dalam 3 bahagian penajaan : tajaan pakaian, barangan dan pengedaran semua produk bukan bolasepak yang berkaitan dengan Milan. [33]
Rujukan [sunting]
- ↑ 1.0 1.1 Boca Juniors dengan 17 adalah yang seterusnya dari segi kejuaraan antarabangsa
- ↑ "European Champions' Cup". RSSSF.com. http://www.rsssf.com/tablese/ec1.html. Capaian August.
- ↑ "Campionato Serie A - Albo D'oro". Lega Calcio. http://www.lega-calcio.it/ita/atim_albo.shtml. Capaian August.
- ↑ "G-14's members". g14.com. http://www.g14.com/G14members/index.asp. Capaian 12 September..
- ↑ "Team Roster 2012/13". ACMilan.com. 2012-10-16. http://www.acmilan.com/it/teams/roster. Capaian 2008-07-16.
- ↑ "Our numbers". ACMilan.com. 2012-10-17. http://www.acmilan.com/NewsDetail.aspx?idNews=70384. Capaian 2008-08-06.
- ↑ "GOURCUFF POISED FOR BORDEAUX MOVE", sportinglife.com, 2008-05-31. Dicapai pada 2008-05-31.
- ↑ "Storari firms up Fiorentina", uefa.com, 2008-07-15. Dicapai pada 2008-07-16.
- ↑ "Maldini shirt waits for 3G", Channel 4, 2007-05-26. Dicapai pada 2007-05-26.
- ↑ "Associazione Calcio Milan", RomanianSoccer.ro, 2007-06-08.
- ↑ "Tutti gli allenatori rossoneri", ClubMilan.net, 2007-07-25.
- ↑ "Maldini sets new Serie A record", BBC.co.uk, 25 Julai 2007.
- ↑ "AC Milan", Channel4.com, 2007-07-25.
- ↑ "Milano History and Records", Milanista Olympia, 2007-07-25.
- ↑ "Unbeaten half-century for Ahly", BBC Sports, 2007-07-25.
- ↑ "Milan top of the world!". Channel4.com. http://www.channel4.com/sport/football_italia/dec16g.html. Capaian 17 December.
- ↑ "UEFA Team Ranking 2007", UEFA European Cup Football, 2007-07-25.
- ↑ "AC Milan - Sevilla FC", UEFA.com, 2007-07-25.
- ↑ 19.0 19.1 19.2 "AC Milan", WeltFussballArchiv.com, 2007-07-25.
- ↑ "AC Milan considering move to new stadium", People's Daily Online, 2007-07-25.
- ↑ "Research: Supporters of football clubs in Italy", La Repubblica official website, August 2007. (Italian)
- ↑ 22.0 22.1 "AC Milan vs. Inter Milan", FootballDerbies.com, 2007-07-25.
- ↑ 23.0 23.1 23.2 "Italian Ultras Scene", View from the Terrace, 29 Jun 2007.
- ↑ "AC Milan", SportsPundit.com, 2007-07-25.
- ↑ "AC Milan", Extra-Football.com, 2007-07-25.
- ↑ "Genoa Fans Milan Fans From Sunday Match", ItalyMag.co.uk, 29 Jun 2007.
- ↑ "Milan game ended by crowd trouble", BBC.co.uk, 2007-07-25.
- ↑ "Top 5 UEFA's Badge of Honour Winners", About.com, 2007-07-25.
- ↑ "Real Madrid stays at the top", Deloitte UK, 2007-06-08.
- ↑ "Football Team Valuations", Forbes, 2008-04-30.
- ↑ "Betandwin, AC Milan Sign Sponsor Deal", CasinoCityTimes.com, 2007-07-25.
- ↑ "Adidas Sign AC Milan and Real Madrid", SportBusiness.com, 2007-07-25.
- ↑ "Unity of Intents", 2008-01-14.
Pautan luar [sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: A.C. Milan |
- ACMilan.com (Itali) / (Inggeris) / (Bahasa Sepanyol) / (Portugis) / (Cina) / (Bahasa Jepun)
|
|
||||||||||||||
|
||||||||||||||
|
Ahli G-14
|
||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Ajax • Arsenal • FC Barcelona • Bayer Leverkusen • Bayern Munich • Borussia Dortmund • PSV Eindhoven • Internazionale • Juventus • Liverpool • Manchester United • Milan • Lyon • Marseille • Paris Saint-Germain • FC Porto • Real Madrid • Valencia |
||||||||||||||
- Laman mengandungi templat petikan dengan parameter tidah sah
- A.C. Milan
- Kelab bola sepak Itali
- Kelab bola sepak di Lombardy
- Kelab bola sepak yang diasaskan pada 1899
- Kelab Divisyen Pertama bola sepak Itali
- Kelab G-14
- Kelab Serie A
- Kelab Serie B
- Pemenang Scudetto
- Pemenang Coppa Italia
- Kelab Superleague Formula
- Kelab yang bermain dalam peringkat kumpulan UEFA Champions League
