A.D. Vision
![]() |
|
| Bekas jenis | Swasta |
|---|---|
| Genre | Alih suara anime, manga |
| Nasib | Dipecah dan dijual |
| Pewaris | Section23 Films |
| Ditubuhkan | Houston, Texas, A.S. (Ogos 1992) |
| Tidak wujud | 2009 |
| Ibu pejabat | Houston, Texas, A.S. |
| Bil. lokasi | 3 (2007) |
| Kawasan | Amerika Syarikat, Jepun, Kanada, United Kingdom, Itali, Jerman |
| Orang utama | John Ledford, Matt Greenfield |
| Industri | Hiburan multimedia |
| Divisyen | ADV Films, ADV Studios, ADV Theatrical, ADV International, Licensing, Anime Network, ADV Pro, ADV Manga, ADV Toys |
| Laman web | ADVFilms.com |
A.D. Vision (seringkali dirujuk sebagai ADV) ialah sebuah syarikat hiburan multimedia antarabangsa Amerika di Texas, yang pernah aktif dalam pengedaran dan produksi video rumah, penyiaran televisyen, pengedaran filem teater, perdagangan, pengeluaran asal, majalah dan penerbitan buku komik. Syarikat ini merupakan syarikat anime terbesar di Amerika Utara sebelum ditutup.[1]
Ditubuhkan pada 1992 oleh peminat-peminat anime bernama John Ledford dan Matt Greenfield, sejak itu, syarikat ini telah membesar dan dipelbagaikan dengan beberapa syarikat-syarikat subsidiari, menguruskan sejumlah besar kandungan asli produk-produknya. Antara produk mereka yang terkenal ialah[1] siri anime Gainax iaitu Neon Genesis Evangelion, pada asalnya dikeluarkan ADV di A.S. pada 1997 dan dikeluarkan semula beberapa kali waktu itu. Syarikat ini mengekalkan pejabatnya di Amerika Utara, Eropah dan Asia.
[sunting] Rujukan
- ↑ 1.0 1.1 "ADV Acquires Feature Film 5 Centimeters per Second". Anime News Network. 2007-06-22. http://www.animenewsnetwork.com/press-release/2007-06-22/adv-5-centimeters-per-second-ax-2007. Capaian 2007-12-23.
