Kohilan Pillay

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari A.Kohilan Pillay)
Datuk

Kohilan Pillay

PMW (Wilayah Persekutuan)
Timbalan Menteri Luar Negeri Malaysia
Dalam jawatan
2009–2013
Perdana Menteri Najib Razak
Menteri Anifah Aman
Digantikan oleh Hamzah Zainudin
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia
Dalam jawatan
2008–2009
Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri Peter Chin Fah Kui
Didahului oleh Anifah Aman
Digantikan oleh Hamzah Zainudin
Butiran peribadi
Lahir1967
Parti politik Barisan Nasional - Gerakan
PekerjaanMenteri Kabinet, Senator

A. Kohilan Pillay a/l G. Appu merupakan ahli politik Malaysia. Beliau merupakan AJK Pusat Parti Gerakan Rakyat Malaysia. Kini berusia 41, bekas pensyarah ekonomi sebuah kolej dari Selangor.

Dalam barisan Kabinet Malaysia 2008 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan kini sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri 1. Beliau merupakan seorang Senator yang dilantik pada Januari 2008 dan disambung lagi dari 12 Februari 2011 - 11 Februari 2014[1]

Beliau sangat aktif di dalam politik sejak 16 tahun iaitu semenjak beliau tamat pengajian tinggi. Beliau memulakan karier politik beliau dengan menjadi ahli biasa Parti Gerakan dan selepas itu memegang jawatan Setiausaha Cawangan. Pada tahun 1995, permohonan beliau bagi membuka cawangan sendiri diluluskan oleh Jawatankuasa Pusat Parti. Beliau menjadi Pengerusi Cawangan Batu Caves dan pada tahun 1998, beliau bertanding dan berjaya menjadi Pengerusi Bahagian Gombak. Dibawah kepeimpinan beliau, Parti Gerakan Gombak berkembang dengan pesat dan sangat aktif di semua peringkat. Melihat keaktifan dan kepimpinan beliau oleh Parti Gerakan Pusat, beliau dilantik menjadi Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Selayang pada tahun 1999.

Pada waktu yang sama, beliau dipilih ke pelbagai jawatan di dalam parti, diantaranya, Ahli Jawatankuasa Pemuda Nasional, Speaker Pemuda Nasional, Naib Ketua Pemuda Nasional dan kini sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat. Sumbangan beliau ke parti selama ini diambilkira secara serius dan parti telah melantik beliau sebagai Senator pada tahun 12 Februari 2008.

Rujukan[sunting | sunting sumber]