A. P. Moller-Maersk Group
Koordinat: 55°41′14.81″U 12°35′53.28″T / 55.6874472°U 12.5981333°T
| Jenis | Awam OMX: MAERSK A Templat:OMXb |
|---|---|
| Industri | Pengangkutan, Tenaga, Offshore, Peruncitan, Perindustrian, Perbankan |
| Ditubuhkan | 1904 |
| Ibu pejabat | Copenhagen, |
| Perancang utama | Nils Smedegaard Andersen (CEO) Michael Pram Rasmussen (Pengerusi lembaga) |
| Produk | Perkapalan |
| Hasil | US$61.211 bilion (2008) |
| Pendapatan bersih | ▲US$3.462 bilion (2008) |
| Pekerja | 120,000 (2009) ] |
| Laman web | www.maersk.com |
A.P. Moller - Maersk Group (bahasa Denmark: A.P. Møller - Mærsk Gruppen) atau Maersk ialah sebuah syarikat konglomerat dari Denmark.[1] Maersk menjalankan aktiviti perniagaan dalam pelbagai sektor terutamanya pengangkutan dan tenaga. Ia merupakan syarikat pengendali kapal kontena dan kapal pengangkut yang terbesar di dunia.[2] A.P. Moller - Maersk berpangkalan di Copenhagen, Denmark, dengan syarikat subsidiari dan pejabat urusan di 130 negara di dunia dan tenaga kerja sekitar 12,0000 orang.[1] Ia disenaraikan pada kedudukan 106 dalam Fortune Global 500 pada tahun 2009.[3]
A.P. Moller - Maersk Group bermula dengan syarikat perkapalan Dampskibsselskabet Svendborg yang diasaskan oleh kapten Peter Mærsk-Møller dan anaknya Arnold Peter Møller di Svendborg, pada tahun 1904.[1]
Aktiviti perniagaan A.P. Moller - Maersk boleh dibahagikan kepada lapan segmen perniagaan:[1]
- Perkapalan, kontena dan aktiviti berkaitannya - Maersk Line, Safmarine, Damco, Maersk Line, Limited (berpangkalan di Amerika Syarikat) dan lain lain lagi.[4]
- Terminal kontena - APM Terminals International yang berpangkalan di Den Haag, Belanda mengendalikan sehingga 50 terminal kontena di seluruh dunia.
- Kapal tangki, kapal pesisir - Maersk Tankers, Maersk Supply Service, Maersk Drilling, Maersk FPSOs, Maersk LNG, Svitzer dan Norfolkline.[4]
- Industri minyak dan gas - Maersk Oil (bahasa Denmark : Mærsk Olie og Gas A/S)
- Peruncitan - Dansk Supermarket Group - mengoperasikan rangkaian pasaraya Bilka, Føtex, F. Salling dan Netto.[4]
- Pembinaan kapal - Odense Steel Shipyard Group mengoperasikan limbungan-limbungan Odense Steel Shipyard, Denmark; Loksa Shipyard, Estonia; Baltija Shipbuilding Yard JSC, Lithuania; UAB Baltic Engineering Centre, Lithuania.[4]
- Syarikat industri yang lain - Rosti (pengeluar produk plastik), Star Air (syarikat penerbangan)
- Perbankan - A.P. Moller - Maersk memegang 20% saham dalam Danske Bank, antara bank terbesar di Scandinavia.[4]
Nota [sunting]
- ↑ 1.0 1.1 1.2 1.3 "A.P. Moller - Maersk website". Maersk.com. http://www.maersk.com/en. Capaian 2007-12-04.
- ↑ "Container shipping", Economist.com, 2005-05-11. Dicapai pada 2007-12-04.
- ↑ "Fortune 500". Fortune. 2009. http://money.cnn.com/magazines/fortune/global500/2009/countries/Denmark.html. Capaian 2009-07-13.
- ↑ 4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 "Annual Report 2008". shareholders.maersk.com. http://shareholders.maersk.com/EN/ANNOUNCEMENTS/Pages/announcements.aspx?Year=2009&Item=78. Capaian 2009-07-20.
Rujukan [sunting]
- Peter Suppli Benson, Bjørn Lamnek and Stig Ørskov: Mærsk · manden og magten, Politiken Bøger, 2004 ("Maersk · The Man and Power", in Danish).
- Lotte Folke Kaarsholm, Cavling Prize recipient Charlotte Aagaard (Information) and Osama Al-Habahbeh (Al-Jazeera in Denmark): Iraqi Port Weathers Danish Storm, CorpWatch, 31/1/2006.
- Christian Jensen, Tomas Kristiansen and Karl Erik Nielsen: Krigens købmænd, Gyldendal, 2000 ("The Merchants of War", in Danish).
Pautan luar [sunting]
- Syarikat yang tersenarai dalam bursa OMX
- Syarikat perkapalan
- Syarikat perkapalan di Denmark
- Syarikat minyak dan gas di Denmark
- Jenama Denmark
- Syarikat pengendalian pelabuhan
- Syarikat pengangkutan dan pengedaran
- Syarikat perkapalan kontena di Denmark
- Syarikat perkapalan tangki
- Syarikat perkapalan gas
- Syarikat perkapalan bekalan
- Pengendali FPSO
- Syarikat yang berpusat di Norfolk, Virginia