A. P. Moller-Maersk Group

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 55°41′14.81″N 12°35′53.28″E / 55.6874472°U 12.5981333°T / 55.6874472; 12.5981333

A.P. Møller - Mærsk Gruppen
Jenis Awam
OMXMAERSK A
Templat:OMXb
Industri Pengangkutan, Tenaga, Offshore, Peruncitan, Perindustrian, Perbankan
Ditubuhkan 1904
Ibu pejabat Copenhagen, Denmark Denmark
Perancang utama Nils Smedegaard Andersen (CEO)
Michael Pram Rasmussen (Pengerusi lembaga)
Produk Perkapalan
Hasil US$61.211 bilion (2008)
Pendapatan bersih US$3.462 bilion (2008)
Pekerja 120,000 (2009) ]
Laman web www.maersk.com

A.P. Moller - Maersk Group (bahasa Denmark: A.P. Møller - Mærsk Gruppen) atau Maersk ialah sebuah syarikat konglomerat dari Denmark.[1] Maersk menjalankan aktiviti perniagaan dalam pelbagai sektor terutamanya pengangkutan dan tenaga. Ia merupakan syarikat pengendali kapal kontena dan kapal pengangkut yang terbesar di dunia.[2] A.P. Moller - Maersk berpangkalan di Copenhagen, Denmark, dengan syarikat subsidiari dan pejabat urusan di 130 negara di dunia dan tenaga kerja sekitar 12,0000 orang.[1] Ia disenaraikan pada kedudukan 106 dalam Fortune Global 500 pada tahun 2009.[3]

A.P. Moller - Maersk Group bermula dengan syarikat perkapalan Dampskibsselskabet Svendborg yang diasaskan oleh kapten Peter Mærsk-Møller dan anaknya Arnold Peter Møller di Svendborg, pada tahun 1904.[1]

Aktiviti perniagaan A.P. Moller - Maersk boleh dibahagikan kepada lapan segmen perniagaan:[1]

  • Perkapalan, kontena dan aktiviti berkaitannya - Maersk Line, Safmarine, Damco, Maersk Line, Limited (berpangkalan di Amerika Syarikat) dan lain lain lagi.[4]
  • Terminal kontena - APM Terminals International yang berpangkalan di Den Haag, Belanda mengendalikan sehingga 50 terminal kontena di seluruh dunia.
  • Kapal tangki, kapal pesisir - Maersk Tankers, Maersk Supply Service, Maersk Drilling, Maersk FPSOs, Maersk LNG, Svitzer dan Norfolkline.[4]
  • Industri minyak dan gas - Maersk Oil (bahasa Denmark : Mærsk Olie og Gas A/S)
  • Peruncitan - Dansk Supermarket Group - mengoperasikan rangkaian pasaraya Bilka, Føtex, F. Salling dan Netto.[4]
  • Pembinaan kapal - Odense Steel Shipyard Group mengoperasikan limbungan-limbungan Odense Steel Shipyard, Denmark; Loksa Shipyard, Estonia; Baltija Shipbuilding Yard JSC, Lithuania; UAB Baltic Engineering Centre, Lithuania.[4]
  • Syarikat industri yang lain - Rosti (pengeluar produk plastik), Star Air (syarikat penerbangan)
  • Perbankan - A.P. Moller - Maersk memegang 20% saham dalam Danske Bank, antara bank terbesar di Scandinavia.[4]

Nota[sunting | sunting sumber]

Emma Mærsk, kapal kontena yang terbesar di dunia.
  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 "A.P. Moller - Maersk website". Maersk.com. Diperoleh pada 2007-12-04. 
  2. "Container shipping". Economist.com. 2005-05-11. Diperoleh pada 2007-12-04. 
  3. "Fortune 500". Fortune. 2009. Diperoleh pada 2009-07-13. 
  4. 4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 "Annual Report 2008". shareholders.maersk.com. Diperoleh pada 2009-07-20. 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Peter Suppli Benson, Bjørn Lamnek and Stig Ørskov: Mærsk · manden og magten, Politiken Bøger, 2004 ("Maersk · The Man and Power", in Danish).
  • Lotte Folke Kaarsholm, Cavling Prize recipient Charlotte Aagaard (Information) and Osama Al-Habahbeh (Al-Jazeera in Denmark): Iraqi Port Weathers Danish Storm, CorpWatch, 31/1/2006.
  • Christian Jensen, Tomas Kristiansen and Karl Erik Nielsen: Krigens købmænd, Gyldendal, 2000 ("The Merchants of War", in Danish).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]