A. Rahman Onn

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
A. Rahman Onn
Juga dikenali sebagai A. Rahman Onn
Berasal dari  Malaysia
Genre Pop Yeh Yeh, A Go Go, Kugiran
Pekerjaan Penyanyi
Tahun aktif 60-an - Masih Aktif

A. Rahman Onn merupakan seorang penyanyi etnik Melayu era 1960-an / 70-an. Beliau cukup sinonim dengan irama Pop Yeh Yeh dan lagu-lagu beliau sering berkumandang di corng radio Malaysia. Antara lagu yang popular seperti seperti Cincin Emas, Peracun Kalbu, Cincin Emas Telah Di Terima, Aku Nak Pulang dan banyak lagi.

A. Rahman Onn berasal dari Johor Bahru, sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan The Strangers. Beliau mula mencipta nama setelah lagu Chinchin Emas pada tahun 1967 mula dirakamkan di piring hitam.

A. Rahman Onn turut terbabit bagi menjayakan Konsert Pop Yeh Yeh Suatu Evolusi 2007, di Stadium Malawati dan julung kali diadakan oleh Global Ads Workstation Sdn. Bhd. [1]

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

Kulit Chinchin Emas
  • Hasrat Hati
  • Hujan
  • Putus Harapan
  • Rindu
  • Si Cincin Emas
  • Aku Nak Pulang
  • Bila-kah Berjumpa
  • Chinchin Emas
  • Kembali-lah Pada Ku
  • Perachun Kalbu
  • Cincin Emas Telah Diterima
  • Julaiha
  • Semua Jadi Kenangan ( Lagu Baru 2006 )

Kehidupan Kini[sunting | sunting sumber]

Selain kerjaya sebagai penyanyi, dikhabarkan juga beliau membuka perniagaan sendiri di Larkin, Johor. Kini beliau masih aktif menyanyi dan sering memenuhi jemputan persembahan kecil di seluruh Malaysia dan Singapura.

Lagu-lagu beliau dulu dan kini banyak terdapat di laman YouTube dan banyak dilayari oleh peminat-peminat beliau.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]