AA-52

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
The AA-52

AA-52 (Arme Automatique Transformable Modטle 1952) merupakan mesingan pertama buatan Perancis selepas era Perang Dunia II. Ia juga dikenali sebagai "Le Cinquante-Deux" ("52" dalam bahasa Perancis)

Senjata ini masih digunakan sehingga kini sebagai senjata bawaan kenderaan; bagaimanapun ia dikeluarkan secara berperingkat dan digantikan dengan meriam Minimi yang lebih ringan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Mesingan AA 52 dirancang dan dimajukan selepas pengalaman tentera Perancis di Indochina semasa awal tahun 1950-an. Pada masa itu, tentera Perancis dilengkapi dengan pelbagai senjata dari simpanan Inggeris dan Amerika, termasuk sebahagian senjata Jerman dari Perang Dunia II.

Alat ganti dan bekalan peluru yang berkesan merupakan tugas yang sukar dan pihak tentera akhirnya memutuskan untuk menggunakan mesingan piwaian. Hasilnya adalah AA52, direka untuk mudah dihasilkan. Pembinaannya merupakan kepingan besi ditekan dan dipetri.

AA 52 merupakan pengecualian antara mesingan moden dengan sistem pengisian semula automatik sistem letup belakang (blowback); tenaga yang dikenakan pada katrij pada masa menembak digunakan bagi menolak pemampan (breech) dan mengisi katrij baru. Sistem ini amat baik dengan katrij pistol bagi submesingan, tetapi bagi katrij rifle mekanisma lebih rumit diperlukan bagi faktor keselamatan. AA 52 menggunakan blok-pemampan dua bahagian: penguat tuil kawalan mengekalkan bahagian dihadapan blok semasa bahagian belakang mula bergerak. Apabila ia telah bergerak pada jarak tertentu, blok itu mulai bergerak kebelakang. Untuk memudahkan penyingkiran kelonsong peluru, kamar peluru mempunyai lekuk (grooves) bagi membenarkan gas masuk antara dinding kamar dan kelonsong. Peluru yang ditembak oleh AA 52 mudah dikenalpasti melalui kerosakan yang disebabkan semasa proses ini.

AA-52 diletakkan di atas kereta kebal ringan AMX 10 RC

AA 52 boleh ditembak menggunakan bipod atau sangga. Apabila digunakan dengan sangga bagi tembakan berterusan, mesingan ini dipasang dengan laras yang lebih berat. Bagi versi mesingan, AA 52 agak berat untuk dipikul. Perincian luarbiasa bagi AA 52 adalah kehadiran strut dibahagian pangkal bagi menahan berat senjata. Perbezaan jelas yang lain adalah penukaran laras, kebanyakan senjata ini adalah tugasan yang mudah dan cepat, tetapi bipod AA 52 adalah tambahan kekal kepada laras, menjadikan proses ini lebih sukar.

Variasi[sunting | sunting sumber]

NF-1[sunting | sunting sumber]

AA direka pada asalnya bagi menggunakan peluru 7.5 mm yang digunakan oleh Machine Gun Model 1929 Perancis. Penggunaan meluas peluru 7.62mm NATO mengurangkan peluang bagi penjualan eksport, dan mesingan ini diubahsuai bagi menggunakan 7.62 mm kaliber.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Senarai senjata api Pistol
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain.