AH-1Z Viper

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
AH-1Z Viper
AH-1Z undergoing testing at NAS Patuxent River.jpg
AH-1Z "Viper" milik Kor Marin A.S sedang menjalani ujian di Stesyen Udara Tentera Laut Patuxent River.
Peranan Helikopter penyerang
Pengeluar Bell Helicopter
Penerbangan sulung 8 Disember 2000
Mula digunakan 2009
Status Dalam pembangunan
Pengguna utama Kor Marin Amerika Syarikat
Dibangunkan dari AH-1 SuperCobra

Bell AH-1Z Viper (juga dikenali sebagai "SuperCobra") merupakan sebuah helikopter penyerang enjin berkembar yang berasaskan model AH-1W SuperCobra. Ia dibangunkan untuk Kor Marin Amerika Syarikat. AH-1Z memiliki ciri-ciri seperti empat bilah rotor utama, tidak mempunyai galas, sistem rotor utama dibuat dari bahan komposit, transmisi berkelajuan tinggi dan sistem pembidik sasaran baru.[1] Helikopter AH-1Z merupakan sebahagian daripada program tingkat upaya H-1.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Aspek-aspek AH-1Z berhubung kait dengan Bell 249 pada 1979, yang mana asasnya adalah sebuah helikopter AH-1S yang dipasangkan dengan sistem rotor empat bilah daripada Bell 412. Rekabentuk Bell Cobra II telah dipertontonkan di Pertunjukan Udara Farnborough pada 1980. Cobra II akan dilengkapi dengan peluru berpandu Hellfire, sistem bidikan baru dan enjin yang dipertingkatkan. Kemudian timbul cadangan Cobra 2000 yang mana termasuk enjin General Electric T700 dan rotor empat bilah. Rekabentuk ini telah menarik minat Kor Marin A.S, akan tetapi ketiadaan dana telah membantutkan minat ini. Pada 1993, Bell telah mencadangkan versi AH-1W yang berasaskan program helikopter penyerang baru UK. Rekabentuk terbitannya, dinamakan sebagai CobraVenom, memaparkan kokpit digital moden dan boleh membawa peluru berpandu TOW, Hellfire atau Brimstone. Rekabentuk CobraVenom telah diubah pada 1995, dengan menukar ke sistem rotor empat bilah. Bagaimanapun, pada tahun yang sama, rekabentuk helikopter ini telah kalah dalam saingan kepada AH-64D.[2]

Pada 1996, Kor Marin A.S telah melancarkan program tingkat upaya H-1 dengan menandatangani kontrak dengan Bell Helicopter untuk menaik taraf 180 buah helikopter AH-1W kepada versi AH-1Z dan menaik taraf 100 buah UH-1N kepada UH-1Y.[2][3] Program H-1 pada keseluruhannya telah mencipta satu helikopter utiliti dan penyerang moden yang berkongsi banyak persamaan bagi mengurangkan kos operasi. AH-1Z dan UH-1Y berkongsi joran ekor, enjin, sistem rotor, barisan pemacu, seni bina avionik, perisian, kawalan dan paparan yang sama bagi lebih 84% komponen-komponen serupa.[4]

Bell telah turut serta dalam pasukan ujian gabungan bersama Bell-Kerajaan A.S semasa fasa pembangunan kejuruteraan pengeluaran program H-1. Kemajuan program AH-1Z adalah perlahan dari 1996 hingga 2003 kerana penyelidikan dan pembangunan operasi.[2] Sistem rotor dua bilah separuh kaku dan tidak tetap sedia ada akan digantikan dengan sistem rotor empat bilah, tanpa engsel dan tanpa galas yang baru. Penambahbaikan dalam ciri-ciri penerbangan yang disumbangkan oleh konfigurasi rotor empat bilah akan meningkatkan lingkungan penerbangan, kelajuan maksimum, kadar panjat menegak, muatan beban dan menurunkan tahap getaran rotor.[5]

AH-1Z berjaya membuat penerbangan sulung pada 8 Disember 2000. [6] Tiga prototaip telah diserahkan kepada Perintah Sistem Udara Tentera Laut di Stesyen Udara Tentera Laut Patuxent River pada Julai 2002 untuk fasa ujian penerbangan. Pengeluaran awal berskala rendah bermula pada Oktober 2003,[2] dengan penghantaran dijangka akan dilakukan sehingga 2018. [7] Pada 15 Oktober 2005, Kor Marin A.S melalui Perintah Sistem Udara Tentera Laut telah menerima penghantaran pertama helikopter AH-1Z yang akan mula memasuki perkhidmatan.[8]

AH-1Z telah melengkapkan ujian penerbangan di laut pada Mei 2005. [9] Semasa suku pertama 2006, helikopter ini telah ditukarkan ke Unit Ujian Operasi di NAS Patuxent River, di mana ujian penilaian operasi bermula. [10] Pada Februari 2008, Bell menerima kontrak untuk 40 buah terakhir helikopter AH-1Z yang akan dibina menggunakan kerangka baru bertentangan dengan rancangan awal yang akan menggunakan kerangka AH-1W yang diperbaharui.[11] Pada bulan yang sama juga, AH-1Z dan UH-1Y memulakan bahagian kedua dan terakhir bagi ujian penilaian operasi.[12]

Bell telah menyerahkan AH-1Z pada 8 Februari 2008. Keputusan untuk pengeluaran berskala penuh dijangka akan dibuat kemudian pada 2008.[13] Pada September 2008, Tentera Laut A.S yang membeli helikopter ini untuk Kor Marin A.S akan mencadangkan tambahan 46 buah helikopter AH-1Z yang mana akan menjadikan jumlahnya sebanyak 226. Helikopter tambahan ini akan dimohon semasa tahun kewangan 2010.[14]

Rekabentuk[sunting | sunting sumber]

AH-1Z menggabungkan penggunaan teknologi rotor baru dengan avionik ketenteraan, sistem-sistem persenjataan dan penderia elektro-optik yang ditingkat upaya dalam platfom persenjataan bersepadu. Ia keboleh-ikhtiar hidup yang dipertingkat dan boleh menjejak sasaran pada jarak jauh dan menyerangnya dengan menggunakan persenjataan tepat.[4]

Sistem rotor baru tanpa engsel dan galas untuk AH-1Z mempunyai 75% kurang komponen berbanding sistem bersambung empat bilah. Bilah-bilah ini dibuat daripada bahan komposit, yang mana boleh bertahan daripada balistik, dan terdapat sistem lipatan separuh automatik bagi penyimpanan di atas kapal penggempur amfibia.[4] Tunggul sayapn yang direka semula adalah lebih panjang, setiap satunya memiliki tenggekan tambahan untuk peluru berpandu seperti AIM-9 Sidewinder. Setiap sayap mempunyai dua stesyen lain untuk pod-pod roket 2.75” (70 mm) Hydra 70, atau pelancar untuk empat butir AGM-114 Hellfire. Radar Longbow juga boleh dipasangkan pada tenggekan pada hujung sayap.[2]

Sistem Avionik Bersepadu untuk model-Z telah dibangunkan oleh Northrop Grumman. Sistem ini termasuk dua buah komputer misi dan sistem kawalan penerbangan automatik. Setaip stesyen krew memiliki dua paparan kaca cecair pelbagai fungsi yang berukuran 8x6-inchi dan satu paparan LCD dwi-fungsi berukuran 4.2x4.2-inchi. Kelengkapan komunikasi menggabungkan radio integrasi RT-1824 Tentera Laut A.S, UHF/VHF, COMSEC dan modem dalam unit yang sama. Kelengkapan navigasi termasuk Sistem Navigasi Inersia GPS terbina dalam, sistem peta digital dan sub-sistem data kelajuan udara, yang mana membenarkan penghantaran senjata semasa helikopter terkatung-katung di udara.[5]

Krew pula dilengkapkan dengan sistem paparan dan bidikan lekapan helmet "Top Owl" dari Thales .[1] Top Owl memiliki keupayaan siang/malam 24-jam dan paparan binokular dengan penglihatan seluas 40°. Unjuran penutup cermin menyediakan gambaran pandang hadapan inframerah (FLIR) atau video. Peralatan ikhtiar hidup AH-1Z termasuk ‘’Hover Infared Suppression System’’ (HIRSS) bagi melindungi ekzos enjin, dispenser perlindungan diri, amaran radar, amaran peluru berpandu dan sistem amaran laser.[4]

Sistem bidikan sasaran dari Lockheed Martin menggabungkan penderia FLIR generasi ketiga. Sistem ini menyediakan bidikan pada waktu siang, malam atau dalam keadaan cuaca buruk. Sistem ini memiliki mod pandangan yang pelbagai dan boleh dijejak dengan menggunakan FLIR atau TV.[4]

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Data dari Bell Specifications,[4] The International Directory of Military Aircraft, 2002-2003,[15] Modern Battlefield Warplanes[2]

Ciri umum

  • Anak kapal: 2: (juruterbang dan pembantu juruterbang / penembak)
  • Kapasiti: 6,661 lb (3,021 kg)
  • Panjang: 58 kaki 3 in (17.8 m)
  • Diameter rotor: 48 ft (14.6 m)
  • Tinggi: 14 kaki 4 in (4.37 m)
  • Ceper luas: 1,808 kaki² (168.0 m²)
  • Berat kosong: 12,300 lb (5,580 kg)
  • Berat berguna: 5,764 lb (2,620 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 18,500 lb (8,390 kg)
  • Loji kuasa:General Electric T700-GE-401C turboshaft, 1,800 shp (1,340 kW) setiap satu
  • Sistem rotor: 4 bilah pada rotor utama, 4 bilah pada rotor ekor

Prestasi

Persenjataan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Laman Bell AH-1Z, Bell Helicopter, Retrieved 3 Januari 2008.
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Donald, David. Modern Battlefield Warplanes. AIRTime Publishing, 2004. ISBN 1-880588-76-5.
  3. Bishop, Chris. Huey Cobra Gunships. Osprey Publishing, 2006. ISBN 1-84176-984-3.
  4. 4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 Bell AH-1Z Pocket Guide, Bell Helicopter, Retrieved 3 January 2008.
  5. 5.0 5.1 AH-1W/AH-1Z Helikopter penyerang Super Cobra, A.S, Airforce-Technology.com. Retrieved 14 Januari 2008.
  6. "AH-1Z melengkapkan penerbangan sulung", Bell Helicopter, 7 Disember 2000.
  7. "AH-1Z/UH-1Y melengkapkan ujian pembangunan ", Tentera Laut A.S, 6 Mac 2006.
  8. "Bell 449 SuperCobra dan KingCobra", Jane's Information Group, 7 Disember 2005.
  9. "AH-1Z/UH-1Y melengkapkan ujian di laut", US Navy, 13 Jun 2005.
  10. "AH-1Z/UH-1Y Start OPEVAL", US Navy, 6 May 2006.
  11. Warwick, Graham. "Tingkat upaya Bell AH-1Z bertukar ke kerangka baru ", Flightglobal.com, 15 Februari 2008.
  12. Warwick, Graham. "Bell AH-1Z dan UH-1Y Kor Marin A.S memasuki ujian fasa akhir", Flightglobal.com, 20 Februari 2008.
  13. "Bell H-1 upgrade program delivers two UH-1Y and one AH-1Z in February", Bell Helicopter, 3 March 2008.
  14. Trimble, Stephen (2008-08-22). "US Navy proposes more UH-1Ys, AH-1Zs despite test phase setback". flightglogal.com. Diperoleh pada 2008-08-24. 
  15. Frawley, Gerard: The International Directory of Military Aircraft, page 37. Aerospace Publications Pty Ltd, 2002. ISBN 1-875671-55-2.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]