AH-1 Cobra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
AH-1 HueyCobra/Cobra
Ah1cobravietnam.jpg
AH-1G Cobra di Vietnam
Peranan Helikopter penyerang
Pengeluar Bell Helicopter
Penerbangan sulung 7 September 1965
Mula digunakan 1967
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Darat Amerika Syarikat
Tentera Pertahanan Diri Jepun
Tentera Darat Republik Korea
Tentera Udara Israel
Dikeluarkan 1967-kini
Jumlah dibina 1,116 buah
Kos seunit AS$ 11.3 juta pada 1995 (AH-1 HueyCobra)[1]
Dibangunkan dari UH-1 Iroquois
Kelainan AH-1 SuperCobra
Bell 309 KingCobra

Helikopter AH-1 Cobra adalah sejenis helikopter penyerang dua anak kapal yang boleh beroperasi sama ada di darat ataupun di laut. Helikopter ini memberikan bantuan serangan rapat untuk pasukan tentera khususnya di dalam peranan anti kereta kebal, iringan bersenjata dan peninjauan.

Helikopter ini lahir daripada pengalaman yang diperolehi semasa perang Vietnam. Kejayaan helikopter Huey yang dipasangkan senjata roket dan mesingan mendorong tentera Amerika Syarikat untuk mencuba penggunaan helikopter penyerang yang khusus, Akhirnya helikopter AH-1F dikeluarkan menggunakan enjin, sistem gear dan sistem rotor helikopter UH-1 tetapi diberikan pengubahsuaian menjadi helikopter penyerang khususnya dengan fiuslaj yang tirus dan tempat juru terbang yang disusun cara tandem. Helikopter ini juga menjadi ikon perang Vietnam. Helikopter ini berjaya memenuhi keperluan tentera Amerika untuk sebuah helikopter yang pantas, ringan dan boleh mensasarkan ordnans dengan tepat.

Apabila program Lockheed Cheyenne gagal mencapai matlamatnya, tentera Amerika Syarikat memilih helikopter AH-1 sebagai alternatif. Model AH-1G Cobra menggunakan rotor lebar, dan boleh terbang dua kali lebih laju daripada helikopter Huey dan boleh berlegar 3 kali lebih lama.

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

AH-1G HueyCobra[sunting | sunting sumber]

AH-1G.jpg

Data dari Modern Military Aircraft[2]

Ciri umum

  • Anak kapal: 2 - juruterbang / penembak
  • Panjang: 44 kaki 5 in (13.4 m)
  • Diameter rotor: 44 kaki (13.4 m)
  • Tinggi: 13 kaki 5 in (4.1 m)
  • Berat kosong: 6,073 lb (2,754 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 9,500 lb (4,309 kg)
  • Loji kuasa:AVCO Lycoming T53-L-13 turboshaft, 1,100 shp (820 kW)
  • Sistem rotor: 2 bilah pada rotor utama

Prestasi

Persenjataan

AH-1F "Modernized" Cobra[sunting | sunting sumber]

Bell AH-1F SUPER COBRA.png

Ciri umum

  • Anak kapal: 2 - Juruterbang / penembak
  • Panjang: 44 kaki 7 in (13.6 m)
  • Diameter rotor: kaki (m)
  • Tinggi: 13 kaki 5 in (4.1 m)
  • Berat kosong: 6,600 lb (2,993 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 10,000 lb (4,500 kg)
  • Loji kuasa:AVCO Lycoming T53-L-703 turboshaft, 1,800 shp (1,300 kW)
  • Sistem rotor: 2 bilah pada rotor utama

Prestasi

Persenjataan

  • M197 3-laras 20 mm meriam "gaya-Gatling"
  • Roket Hydra 70 2.75 in (70 mm) - 7x roket dipasang pada pelancar M260 atau 19x roket pada pelancar M261 [3]
  • Peluru berpandu TOW - 4 atau 8x peluru berpandu yang dipasang pada 2 pelancar pada setiap tenggekan


Ralat petik: Tag <ref> ada tetapi tag <references/> tidak disertakan