AH-64 Apache

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
AH-64 Apache
AH-64D Apache Longbow.jpg
Helikopter AH-64 Apache dari Rejimen Penerbangan ke-101 Tentera Darat A.S, di Iraq
Peranan Helikopter penyerang
Pengeluar Hughes Helicopters
McDonnell Douglas
Boeing Integrated Defense Systems
Penerbangan sulung 30 September 1975
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Darat Amerika Syarikat
Tentera Udara Israel
Tentera Udara Diraja Belanda
Tentera Pertahanan Diri Darat Jepun
Dikeluarkan 1984-kini
Jumlah dibina 1,048 buah sehingga 2000[1]
Kos seunit AS$ 18 juta pada 1996[1]
Kelainan Westland WAH-64 Apache

AH-64 Apache adalah merupakan sebuah helikopter penyerang tentera yang sesuai bagi semua keadaan cuaca. Ia dikendalikan oleh dua orang krew dan persenjataan utamanya merupakan sebuah meriam rantai M230 30 mm yang terletak di bawah muncungnya. Helikopter ini juga boleh membawa gabungan persenjataan lain seperti AGM-114 Hellfire dan pod roket Hydra 70 di empat tenggekan pada pilon pangkal sayap. AH-64 Apache merupakan helikopter penyerang utama bagi Tentera Darat Amerika Syarikat dan merupakan pengganti kepada helikopter penyerang AH-1 Cobra.

Ah-64 Apache telah direka oleh firma Hughes Helicopters bagi menyahut program Helikopter Penyerang Termaju (HPT) Tentera Darat A.S. Firma McDonnell Douglas kemudian membeli Hughes Helicopters dan meneruskan pembangunan helikopter ini. Pembangunan ke atas helikopter ini kemudian telah menghasilkan helikopter AH-64D Apache Longbow yang mana kini dikeluarkan oleh Boeing Integrated Defense Systems. Helikopter-helikopter AH-64 milik Tentera Darat A.S ini pernah beraksi dalam operasi-operasi di Panama, Perang Teluk, Afghanistan, dan Iraq.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Helikopter Penyerang Termaju[sunting | sunting sumber]

Berikutan pembatalan program AH-56 Cheyenne bagi memberi laluan kepada projek-projek Tentera Udara Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat seperti A-10 Thunderbolt II dan Harrier Jump Jet, Tentera Darat Amerika Syarikat memerlukan sebuah pesawat bagi memenuhi peranan serangan anti kereta kebal yang mana masih menjadi tanggungjawab di bawah tentera darat; Perjanjian Key West 1948 melarang tentera darat daripada menggunakan pesawat kepak kaku. Pihak tentera darat mahukan sebuah helikopter yang lebih baik berbanding AH-1 Cobra dari segi kuasa tembak, prestasi dan jarak. Ia harus memiliki keupayaan untuk terbang dalam misi nap-of-the-earth (NoE). Tentera Darat A.S kemudian mengeluarkan Permintaan Untuk Cadangan bagi program Helikopter Penyerang Termaju pada tahun 1972.[2]

Cadangan-cadangan untuk program ini kemudian dihantar oleh lima buah pengeluar iaitu: Bell, Boeing Vertol (bekerjasama dengan Grumman), Hughes, Lockheed, dan Sikorsky. Pada 1973, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah memilih dua peserta akhir iaitu firma Bell dan Hughes Aircraft/Toolco Aircraft Division (kemudian Hughes Helicopters). Pemilihan ini menandakan permulaan fasa 1 persaingan program ini.[2]

Setiap firma kemudian membina helikopter prototaip bagi mengharungi program ujian penerbangan. Helikopter prototaip buatan Hughes iaitu Model 77/YAH-64A telah melakukan penerbangan sulung pada 30 September, 1975, sementara prototaip dari firma Bell iaitu Model 409/YAH-63A pula melakukan penerbangan sulung sehari kemudian.[2] Selepas menilai keputusan ujian, pihak tentera darat telah memilih helikopter buatan Hughes Helikopters iaitu YAH-64A berbanding YAH-63A buatan Bell pada 1976. Antara alasan bagi pemilihan YAH-64A termasuk bilah rotor utamanya yang lebih tahan kerosakan dan ketidakstabilan susunan giar pendaratan tiga roda pada helikopter YAH-6.[3]

Helikopter AH-64A kemudian memasuki fasa 2 program HPT. Dalam fasa ini, Hughes akan membina tiga buah helikopter AH-64 pra-pengeluaran dan menaiktaraf dua buah helikopter prototaip AH-64 yang digunakan dalam ujian penerbangan dan darat kepada standard yang sama.[4] Persenjataan dan sistem-sistem penderia digabungkan dan diuji pada masa ini,[2] termasuk peluru berpandu Hellfire.[4]

Mula dikeluarkan[sunting | sunting sumber]

Pada 1981, tiga buah helikopter AH-64 pra-pengeluaran diserahkan kepada Tentera Darat A.S bagi Ujian Operasi II. Ujian oleh pihak Tentera Darat A.S berjaya, tetapi kemudian memutuskan untuk menaiktaraf enjin kepada versi T700-GE-701, yang mana menghasilkan 1,690 shp (1,259 kW).[2] Pada akhir 1981, AH-64 telah dinamakan sebagai "Apache", yang mana selari dengan tradisi tentera darat yang menggunakan nama-nama puak asli Amerika untuk helikopter mereka. Pengeluaran berskala penuh telah diluluskan kepada Hughes pada 1982.[2] Pada 1983, helikopter pengeluaran pertama dikeluarkan daripada kemudahan Hughes Helicopter di Mesa, Arizona. Pada 1984, Hughes Helicopters dibeli oleh McDonnell Douglas dengan harga AS$ 500 juta. Hughes kemudian menjadi sebahagian daripada syarikat Boeing ekoran penggabungan di antara Boeing dan McDonnell Douglas pada Ogos 1997. Pada 1984, kos bagi menerbangkan sebuah AH-64A adalah AS$7.8 juta dan unit kos purata dianggarkan kira-kira AS$14 juta termasuk kos pembangunan.[2]

Pada 2004, General Electric Aviation mula mengeluarkan enjin T700-GE-701D yang lebih berkuasa, dan berupaya untuk menghasilkan kuasa sebanyak 2000 shp bagi AH-64D.[5] Kos keseluruhan program AH-64D adalah AS$10.5 bilion sehingga April 2007.[6]

Rekabentuk[sunting | sunting sumber]

AH-64 dijana oleh dua buah enjin turbin aci General Electric T700 dengan ekszos terletak tinggi di kedua belah aci rotor. Apache memiliki empat bilah rotor utama dan empat bilah rotor ekor. Kedudukan krew dalam susunan selari, di mana juruterbang akan duduk di belakang dan atas pembantu juruterbang-penembak dalam ruang kokpit berperisai. Ruang krew dan tangki bahan api dilindungi sedemikian rupa di mana helikopter berupaya untuk diterbangkan walaupun menerima tembakan daripada senjata berkaliber 23 mm.[7]

Helikopter ini dipersenjatai dengan meriam rantai M230 berkaliber 30 mm yang boleh disambungkan kepada paparan lekapan helmet penembak, yang ditetapkan pada kedudukan terkunci menembak ke hadapan, atai dikawal melalui Sistem Penandaan dan Perolehan Sasaran (TADS). AH-64 membawa beberapa gabungan persenjataan pada pilon di pangkal sayapnya, kebiasaannya gabungan peluru berpandu anti kereta kebal AGM-114 Hellfire, roket kegunaan am tanpa panduan 70 mm (2.75 in) Hydra 70 dan peluru berpandu udara ke udara AIM-92 Stinger untuk mempertahankan diri. Sekiranya berlaku kecemasan, titik beban pada pilon juga boleh digunakan bagi memindahkan anggota.[8]

AH-64 direka untuk bertahan dalam persekitaran garis hadapan dan digunakan pada waktu siang atau malam, dan dalam cuaca buruk dengan menggunakan avionik dan elektronik seperti Sistem Penandaan dan Perolehan Sasaran, Sistem Penglihatan Malam Juruterbang (TADS/PNVS), pertahanan diri pasif inframerah, Sistem Kedudukan Sejagat (GPS), dan Sistem Paparan Bidikan dan Helmet Bersepadu (IHADSS).

Sejarah operasi[sunting | sunting sumber]

Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Helikopter AH-64 memberi sokongan udara di Tikrit, Iraq pada 24 Februari, 2006.

Apache mula pertama kalinya digunakan dalam pertempuran semasa pencerobohan ke atas Panama pada 1989 dalam Operasi Just Cause. AH-64A Apache dan AH-64D Apache Longbow telah memainkan peranan penting dalam beberapa perang di Timur Tengah, termasuk Perang Teluk, Operasi Enduring Freedom di Afghanistan, dan Operasi Pembebasan Iraq di Iraq. Apache telah membuktikan kecermalangannya dalam memburu kereta kebal dan juga menghapuskan beratus-ratus kenderaan berperisai Tentera Darat Iraq.

Semasa Operasi Ribut Padang Pasir pada 17 Januari 1991, lapan buah AH-64A dengan dipandu oleh empat buah MH-53 Pave Low III, telah digunakan bagi memusnahkan sebahagian jaringan radar Iraq bagi membolehkan pesawat pengebom memasuki Iraq tanpa dikesan.[2] Ini merupakan serangan pertama semasa Operasi Desert Storm.[2] Helikopter Apache telah membawa muatan bukan normal iaitu roket Hydra 70, Hellfire, dan satu tangki bahan api luaran.[9] Semasa 100-jam perang di darat, sejumlah 277 buah helikopter AH-64 telah terlibat. Apache memusnahkan lebih 500 buah kereta kebal, sebilangan besar kenderaan pembawa anggota berperisai dan banyak lagi kenderaan lain semasa operasi ini.[2] Atur gerak ke Balkan berlaku semasa pertikaian di Bosnia dan Kosovo in the later 1990s, akan tetapi Apache berdepan dengan masalah di mana kecekapannya telah menurun secara mendadak. Kritikan termasuk kekurangan latihan untuk krew dan kekurangan peralatan penglihatan malam, tangki-tangki bahan api dan aircraft survivability. Sebuah helikopter Apache terhempas semasa latihan di Albania pada 27 April 1999.

Akhirnya, keseluruhan angkatan helikopter di Balkan telah disadaikan semala dua minggu pada Disember 2000. Mejar Jeneral Dick Cody, pegawai pemerintah Udara ke-101 pada masa itu, telah menulis memo kepada Ketua Staf, Tentera Darat A.S berkenaan kegagalan dalam latihan dan peralatan. [10]

Semasa Operasi Pembebasan Iraq, beberapa Apache telah rosak dalam pertempuran, termasuk sebuah yang ditawan oleh pasukan Iraq berhampiran Karbala pada 24 Mac 2003, dan telah dipertontonkan di televisyen Iraq. Helikopter yang ditawan ini kemudian dimusnahkan dengan serangan udara sehari selepas ia ditembak jatuh.[11] Dalam serangan pada 24 Mac, menentang briged berperisai Divisyen Medina, Pengawal Republikan Iraq, telah mengalami kegagalan teruk: Para pegawai A.S telah mendakwa kegagalan ini disebabkan krew kereta kebal telah membuat "perangkap sisi" in broken terrain, employing their guns to good effect [12][13] sementara itu, para pegawai Iraq mendakwa helikopter Apache telah ditembak jatuh oleh petani dengan menggunakan raifal Brno disebabkan membuat bunyi bising". [14] Helikopter yang ditembak jatuh ini masih berada dalam keadaan baik dan kedua-dua juruterbang dan pembantu juruterbang tidak mengalami kecederaan dalam kejadian ini. Antara 28 Januari dan 2 Februari, 2007, dua buah Apache telah hilang bersama-sama dengan krewnya disebabkan tembakan dari darat oleh pejuang Iraq di Taji dan Najaf.[15]

Helikopter AH-64D A.S yang kini digunakan di Iraq dan Afghanistan tidak memiliki Radar Kawalan Tembakan Longbow kerana secara ringkasnya tiada ancaman pasukan armor yang akan ditentang oleh tentera bersekutu.[16]

Majoriti besar helikopter Apache yang mengalami kerosakan teruk dalam pertempuran berupaya untuk meneruskan tugasan misi dan kembali dengan selamat ke pangkalan. Sebagai contoh, daripada 33 buah Apache yang terlibat dalam serangan pada 24 Mac 2003, 30 buah telah dirosakan oleh tembakan dari darat oleh tentera Iraq dan beberapa darinya tidak boleh dibaiki, akan tetapi hanya satu darinya yang tidak kembali ke pangkalan.[13]

Israel[sunting | sunting sumber]

IAF AH-64A "Peten" פתן

Tentera Udara Israel menggunakan Apache untuk menyerang pelbagai sasaran dengan menggunakan peluru berpandu. AH-64A telah menyerang dan memusnahkan beberapa pos pemerhati Hezbollah di Lebanon semasa tahun 1990-an. Serangan ini dilakukan dalam banyak keadaan cuaca — siang dan malam. Semasa Intifada al-Aqsa, Tentera Udara Israel telah menggunakan Apache untuk membunuh tokoh kanan Hamas, seperti Ahmed Yasin dan Adnan al-Ghoul, dengan menggunakan peluru berpandu.

Semasa konflik Israel-Lubnan Julai–Ogos 2006, dua buah helikopter AH-64A Israel telah berlanggar, membunuh seorang juruterbang dan tiga yang lain mengalami kecederaan parah. Dalam kejadian yang lain, sebuah helikopter AH-64D Longbow terhempas disebabkan masalah kegagalan pada hub rotor dan membunuh kedua-dua juruterbangnya.[17]

United Kingdom[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Westland WAH-64 Apache

UK menggunakan versi Apache Longbow yang dipertingkatkan yang dikenali sebagai Westland WAH-64 Apache, dan diberi tanda Apache AH Mk1 oleh Tentera Darat British. Westland telah membina 67 buah WAH-64 Apache[18] dengan kebenaran berlesen daripada Boeing dan mengantikan dengan enjin Rolls-Royce yang lebih berkuasa, yang mana dapat menghasilkan tambahan 25% kuasa tujahan berbanding model buatan A.S. Sistem bilah berlipat bagi operasi di laut merupakan satu lagi perubahan yang ketara. Ini membolehkan helikopter Apache British digunakan bersama-sama dan menyokong operasi amfibia, diterbangkan dari kapal perang Tentera Laut Diraja British dan auxiliaries. Helikopter Westland Apache mengantikan helikopter Westland Lynx AH7 sebagai helikopter penyerang taktikal Tentera Darat British. Helikopter WAH-64 kini diatur gerak ke Afghanistan, di mana ia telah beraksi cemerlang dalam menyokong pasukan tentera UK dan bersekutu di selatan Afghanistan.[19] Helikopter WAH-64 Apache milik UK menggunakan Radar Kawalan Tembakan Longbow di Afghanistan, dengan mengatakan ia telah meningkatkan kesedaran situasi dan mengelak dari pesawat lain semasa melakukan pergerakkan taktikal.[20]

Belanda[sunting | sunting sumber]

Tentera Udara Diraja Belanda telah memesan 30 buah AH-64D Apache pada 1996, [21] selepas menyewa 12 buah AH-64A. Helikopter Ah-64D ini tidak memiliki radom, maka helikopter milik Belanda ini bukan merupakan jenis Longbow. Helikopter ini diatur gerak buat pertama kali ke Djibouti, Afrika, dan merupakan operasi pertama bagi helikopter Apache dari jenis model-D.[perlu rujukan] Helikopter ini juga telah diatur gerak bersama-sama AH-64 milik A.S bagi menyokong pasukan pengaman NATO di Bosnia dan Herzegovina. Pada 2004, AH-64 Belanda telah diatur gerak sebagai sebahagian sumbangan Belanda kepada tentera pelbagai negara di Iraq.[22] Pada masa yang sama, Belanda menghantar Apache ke Kabul sebagai sebahagian sumbangan Belanda kepada ISAF. Pada Februari 2006, sumbangan Belanda kepada pasukan NATO di Afghanistan telah ditingkatkan daripada 600 kepada 1,400 orang anggota dan 6 buah AH-64 telah dihantar sebagai sokongan.[23]

Kegunaan-kegunaan lain[sunting | sunting sumber]

Pada September 2003, Greece telah memesan 12 buah AH-64D (sebagai tambahan pada angkatan sedia ada sejumlah 20 buah AH-64A+) bagi kos keseluruhan bernilai AS$ 675 juta (anggapan termasuk persenjataan dan sokongan), indicating kos unit kasar untuk AH-64D bernilai AS$56.25 juta sebuah.

Singapore membeli sejumlah 20 buah helikopter AH-64D Longbow Apache dalam dua kumpulan di antara 1999 dan 2001. Emiriah Arab Bersatu telah memperoleh sejumlah 30 buah AH-64A pada 1991 dan 1994, yang mana kini sedang ditingkat upaya ke spesifikasi AH-64D.[24] Kuwait telah memperoleh 16 buah helikopter Longbow.[25] Negara-negara lain yang memiliki helikopter Apache termasuk Mesir, Israel, Jepun dan Arab Saudi.[26]

Pakistan telah memesan 12 buah Apache Longbow untuk pelbagai misi menentang keganasan.[perlu rujukan] Korea Selatan sedang meneliti rancangan untuk membeli 36 buah AH-64D, meskipun pada masa sama sedang membangunkan helikopter penyerang buatan tempatan. Helikopter Penyerang Korea (HPK) di bawah program usahasama dengan firma Eurocopter, yang berdasarkan helikopter Eurocopter Tiger.[27]

Jepun telah memesan 50 buah helikopter AH-64D.[28] Ia dibina secara berlesen oleh Fuji Heavy Industries, dengan helikopter pertama diserahkan kepada Tentera Pertahanan Diri Darat Jepun pada awal 2006.[29][30] selepas penghantaran awal bermula pada 2005.[31] Designasi bagi helikopter AH-64D buatan Fuji adalah AH-64DJP.[29]

Republik China (Taiwan) merancang untuk membeli 30 buah helikopter AH-64D bermula dari 2008 dan seterusnya untuk tentera daratnya.[32] India juga telah mengeluarkan permintaan untuk cadangan bagi 22 buah helikopter penyerang untuk Tentera Udara India. Apache Longbow adalah merupakan sebuah daripada beberapa jenis helikopter yang bersaing untuk dibekalkan kepada Tentera Udara India pada masa depan.[33]

Kelainan[sunting | sunting sumber]

Helikopter AH-64D milik Tentera Udara Diraja Belanda semasa Pertunjukan Udara Farnborough, 2006.

AH-64A[sunting | sunting sumber]

AH-64A adalah merupakan helikopter penyerang pengeluaran asal. Ia digerakkan oleh dua buah enjin turboshaft GE T700. Krew disusun dalam bentuk selari dalam ruang berperisai. Helikopter ini dipersenjatai dengan meriam rantai M230 berkaliber 30 mm yang boleh dihubungkan kepada slaved paparan lekapan helmet pembidik meriam penembak. Helikopter AH-64A juga membawa pelbagai persenjataan muatan luar di pilon pangkal sayap. Gabungan persenjataan termasuk peluru berpandu anti kereta kebal AGM-114 Hellfire, roket kegunaan am tanpa panduan 70 mm (2.75 in) Hydra 70 dan peluru berpandu udara ke udara AIM-92 Stinger untuk mempertahankan diri.

AH-64B[sunting | sunting sumber]

Pada 1991, selepas Operasi Desert Storm, AH-64B telah dicadangkan bagi menaik taraf 254 buah helikopter AH-64A. Naik taraf ini termasuk bilah-bilah rotor baru, Sistem Kedudukan Sejagat (GPS), sistem navigasi yang dipertingkatkan dan radio baru. Kongres A.S kemudian meluluskan AS$82 juta bagi memulakan program tingkat upaya ke versi Apache B. Program Apache B kemudian dibatalkan pada tahun 1992.[2] Pengubahsuaian radio, navigasi dan GPS kemudian dilakukan pada kebanyakan helikopter Apache model A sebagai sebahagian program tingkat upaya.

AH-64C[sunting | sunting sumber]

Dana tambahan dari Kongres A.S pada lewat 1991, telah menghasilkan program baik menaik taraf AH-64A kepada versi AH-64B+. Penambahan dana mengubah rancangan asal kepada program naik taraf kepada versi AH-64C. Versi C termasuk kesemua perubahan dalam versi Longbow kecuali mast mounted radar dan enjin baru. Walaubagaimanapun, selepas 1993, pengenalan C telah digugurkan.[2] Program tingkat upaya ini akan diteruskan. Bagaimanapun, disebabkan perbezaan antara model C dengan model D adalah kelengkapan radar, yang mana boleh ditukar dari satu pesawat ke pesawat yang lain, keputusan telah dibuat untuk tidak membezakan dua versi ini, meskipun dengan atau tanpa kelengkapan radar.

AH-64D[sunting | sunting sumber]

Helikopter AH-64D "Saraf" milik Tentera Udara Israel.

Model termaju, iaitu AH-64D Apache Longbow, dilengkapi dengan sut penderia dan sisten persenjataan yang dipertingkatkan. Penambahbaikan utama berbanding model A adalah kubah radar AN/APG-78 Longbow dome yang dipasang di atas rotor utama yang menempatkan sistem perolehan sasaran Radar Kawalan Tembakan gelombang-millimeter selain dari Radar Frequency Interferometer (RFI). Kedudukan radome yang ditinggikan membolehkan penjejakan dan penembakan peluru berpandu (arcing) ke arah sasaran walaupun pada masa itu helikopter itu sendiri dilindungi oleh halangan (seperti permukaan bumi, pokok atau bangunan). Tambahan lagi, modem radio disepadukan dengan sut penderia bagi membolehkan Apache versi-D berkongsi data sasaran dengan helikopter AH-64D lain yang tidak memiliki bidikan ke arah sasaran. Dengan cara ini, sekumpulan helikopter Apache boleh menyerang sasaran berbilang dengan hanya mendedahkan radome sebuah helikopter Apache versi-D. Helikopter Apache yang memiliki kesemua penambahbaikan yang terdapat pada helikopter Apache Longbow, dengan pengecualian Radar Kawalan Tembakan masih lagi didesignasi sebagai "AH-64D Apache Longbow", kerana radomenya boleh ditanggalkan dan saling boleh ditukarkan antara satu sama lain.

Helikopter ini telah dinaik upaya dengan enjin lebih berkuasa iaitu T700-GE-701C, dan kokpit bersepadu penuh. Fiuslaj hadapan helikopter telah dibesarkan bagi menempatkan sistem-sistem baru. Sebagai tambahan, helikopter ini juga menerima keupayaan ikhtiar hidup, komunikasi dan navigasi yang dipertingkatkan. Kebanyakan keupayan sedia ada helikopter AH-64A Apache dikekalkan. Helikopter Apache pertama yang ditingkatkan ke Blok II telah diserahkan kepada Tentera Darat A.S pada Februari 2003. Blok II termasuk tingkat upaya kepada sistem komunikasi digital bagi meningkatkan komunikasi di antara "internet taktikal".[34]

Penambahbaikan kepada Blok III, dijadualkan pada 2008 dan seterusnya, termasuk meningkatkan pengdigitalan, sistem radio taktikal bersama, sistem-sistem pemacu dan enjin dipertingkatkan, keupayaan untuk mengawal UAV, bilah rotor komposit baru dan giar pendaratan yang ditingkat upaya. Bilah rotor baru yang berjaya menyudahkan ujian penerbangan pada Mei 2004, telah meningkatkan kelajuan meluncur Apache, kadar mendaki dan keupayaan beban muatan. Kontrak Sistem Pembangunan dan Demonstrasi Blok III telah dianugerahkan kepada Boeing pada Julai 2006.[34]

Model helikopter Apache yang dieksport[sunting | sunting sumber]

Sebilangan model-model lain diterbitkan berasaskan model-model AH-64A dan AH-64D bagi pasaran eksport. British telah mengeluarkan secara berlesen helikopter Apache yang dikenali sebagai Westland WAH-64 Apache (dipasang dari komponen-komponen yang dibeli daripada Boeing) yang mana berasaskan model AH-64D dengan menggunakan beberapa sistem-sistem yang berbeza, termasuk enjin baru yang lebih berkuasa.

Sea Apache[sunting | sunting sumber]

Versi tentera laut bagi helikopter AH-64A telah dicadangkan kepada Kor Marin Amerika Syarikat dan Tentera Laut Amerika Syarikat dari 1984 hingga 1987.[3] Beberapa konsep telah dikaji dengan susunan giar pendaratan yang diubahsuai, senjata dan avionik yang dipertingkatkan.[35] Dana bagi versi tentera laut tidak disediakan dan menyebabkan Kor Marin terpaksa terus menggunakan helikopter AH-1 SuperCobra setakat tahun 2008.[3]

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Peta dunia bagi menunjukan pengguna tentera AH-64 Apache. Merah: pengguna tentera kini; Hijau: Pengguna tentera dijangka.
750px-Flag of Egypt.svg.png Mesir
  • Tentera Udara Mesir telah memesan 36 buah AH-64A pada 1995 dan merancang untuk menaik taraf kepada konfigurasi AH-64D pada 2005.[28] 35 buah helikopter AH-64D masih dioperasikan setakat 2008.[36]
 Greece
  • Tentera Darat Greece memiliki 20 buah helikopter AH-64A, dan memesan 12 buah helikopter AH-64D setakat 2005.[28] Greece memiliki 20 buah AH-64A dan 8 buah AH-64D. [36]
Bendera Israel Israel
Bendera Jepun Jepun
Bendera Kuwait Kuwait
Bendera Belanda Belanda
 Arab Saudi
 Singapura
800px-Flag of Turkey.svg-1-.png Turki
 Emiriah Arab Bersatu
Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Bendera United Kingdom United Kingdom

Spesifikasi (AH-64A)[sunting | sunting sumber]

McDONNELL DOUGLAS AH-64 APACHE.png

Ciri umum

  • Anak kapal: 2: juruterbang, pembantu juruterbang/penembak
  • Panjang: 58.17 kaki (17.73 m) (dengan kedua-dua rotor dihidupkan)
  • Diameter rotor: 48 kaki 0 in (14.63 m)
  • Tinggi: 12.7 kaki (3.87 m)
  • Ceper luas: 1,809.5 kaki² (168.11 m²)
  • Berat kosong: 11,387 lb (5,165 kg)
  • Berat berisi: 18,000 lb (8,000 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 21,000 lb (9,500 kg)
  • Loji kuasa:General Electric T700-GE-701 dan kemudian dinaik taraf kepada T700-GE-701C & T700-GE-701D (1990-hari ini) turboshaft, -701: 1,690 shp, -701C: 1,890 shp -701D 2,000 shp (-701: 1,260 kW, -701C: 1,490 kW) setiap satu
  • Panjang fiuslaj: 49 kaki 5 in (15.06 m)
  • Sistem rotor: 4 bilah rotor utama, 4 bilah rotor ekor dalam jajaran bukan-orthogonal[39]

Prestasi

Persenjataan

Budaya popular[sunting | sunting sumber]

Apache telah memainkan peranan penting dalam filem Fire Birds (atau Wings of the Apache). Helikopter ini juga menjadi subjek utama dalam permainan komputer Jane's Combat Simulators Longbow. Dalam permainan Longbow, pemain akan menerbangkan helikopter Apache dalam kempen menentang sasaran-sasaran Soviet. Permainan ini telah menerima beberapa anugerah bagi keadaan persekitaran yang realistik dan menepati segala aspek sistem-sistem elektronik Apache .[40]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Boeing AH-64 Apache". Jane's: All the World's Aircraft. Jane's Information Group. 2000-10-13. http://www.janes.com/defence/air_forces/news/jawa/jawa001013_1_n.shtml. Capaian 2006-06-17. 
  2. 2.00 2.01 2.02 2.03 2.04 2.05 2.06 2.07 2.08 2.09 2.10 2.11 Bishop 2005.
  3. 3.0 3.1 3.2 Donald 2004.
  4. 4.0 4.1 Boeing AH-64 Apache, vectorsite.net, 1 Julai, 2007.
  5. http://www.geae.com/aboutgeae/presscenter/military/military_20041104.html "T700-GE-701D Engine Awarded U.S. Army Qualification"], GE Aviation, 4 November 2004.
  6. AH-64D Apache Longbow, Deagel.com
  7. Donald 2004, ms 110.
  8. "Helicopter rescue bid for Marine"
  9. Taylor, Thomas. "Lightning in the Storm" Hippocrene Books (2003). ISBN 0-7818-1017-5.
  10. Apaches Are Ailing Warriors
  11. "Downed Apache Blown Up"
  12. "U.S. Apache pilots taken prisoner", CNN.
  13. 13.0 13.1 Fred Kaplan. "Chop the Chopper: The Army's Apache attack-helicopter had a bad war". Slate. http://www.slate.com/id/2081906/. Capaian 2007-03-10. 
  14. http://www.smh.com.au/articles/2003/03/25/1048354604384.html
  15. "Iraq fire downed US helicopters", BBC.
  16. Defense News
  17. "Boeing Leads Inquiry Into Israeli Apache Crash"
  18. "British Army Receives 67th Apache In Ceremony Held At The Farnborough Airshow 2004", AgustaWestland, 21 July 2004.
  19. "UK troops in first Taleban action", BBC, 23 May 2006.
  20. "Brits See Longbow As Key To Apache Ops", DefenseTech.org, November 27, 2007.
  21. http://www.helis.com/news/2002/ah64nl.htm "Boeing menghantar AH-64D Apache ke-30 kepada Tentera Udara Diraja Belanda"]
  22. government.nl news archive "Enam buah Apaches ke Iraq bagi meningkatkan keselamatan"
  23. "Lebih ramai tentera Belanda untuk Afghanistan"
  24. UAE’s 30-Helicopter Apache Upgrade Program Underway
  25. Kuwait Runs Apache Longbow Contract to $262.2 M
  26. $67.6M to Convert US and Foreign AH-64s to AH-64D Apache Longbows
  27. "South Korea membida untuk membeli helikopter penyerang terpakai A.S". The Korea Times. http://www.koreatimes.co.kr/www/news/nation/2008/05/205_24806.html. 
  28. 28.0 28.1 28.2 28.3 28.4 28.5 Bishop 2005, pp. 40-44.
  29. 29.0 29.1 The Boeing AH-64 Apache. Vectorsite.net, 01 July 2007. Retrieved on November 7, 2008.
  30. http://www.boeing.com/rotorcraft/military/ah64d/news/2006/q1/060315b_nr.html Fuji Heavy Industries Delivers First Apache Longbow Helicopter to Japanese Government under Boeing Licensing Agreement.] Retrieved on November 7, 2008.
  31. Boeing AH-64D Longbow Apache. Retrieved on November 7, 2008.
  32. "Taiwan to Buy Apaches to Counter China Threat". Defense News. 2007-07-09. http://www.defensenews.com/story.php?F=2886256&C=asiapac. Capaian 2007-10-07. 
  33. India seeks 22 attack helicopters. Retrieved on November 9, 2008.
  34. 34.0 34.1 "AH-64A/D Helikopter penyerang Apache, USA". http://www.army-technology.com/projects/apache/. Capaian 2008-02-16. 
  35. McDonnell Douglas AH-64 "Sea Apache" project, Aviastar.org, accessed November 11, 2007.
  36. 36.0 36.1 36.2 36.3 36.4 36.5 36.6 36.7 36.8 "World Military Aircraft Inventory". 2008 Aerospace Source Book. Aviation Week and Space Technology, 28 Januari, 2008.
  37. Donald 2004, p 157.
  38. [http://www.worldtribune.com/worldtribune/WTARC/2008/me_saudis0668_11_04.asp Saudi pembeli senjata teratas di negara membangun. Retrieved on 16 November, 2008.
  39. [http://www.glue.umd.edu/~leishman/Aero/tailrotors.html tailrotors.html]
  40. T. Liam McDonald. "AH-64D Longbow Review". http://www.gamespot.com/pc/sim/ah64dlongbow/review.html. Capaian 2008-10-22. 
  • Bishop, Chris. Apache AH-64 Boeing (McDonnell Douglas) 1976–2005. Osprey Publishing, 2005. ISBN 1-84176-816-2.
  • Donald, David. "AH-64A/D Apache and AH-64D Longbow Apache", Modern Battlefield Warplanes. AIRtime Publishing Inc, 2004. ISBN 1-880588-76-5.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]