AMP Radio Networks
![]() |
|
| Jenis | Swasta |
|---|---|
| Industri | Media |
| Ibu pejabat | Technology Park Malaysia, Kuala Lumpur |
| Produk | Servis radio Jualan masa penyiaran radio Program |
| Laman web | www.ampadvantage.com.my |
Airtime Management and Programming Sdn. Bhd. (AMP), atau AMP Radio Networks ialah sebuah anak syarikat Astro All Asia Networks plc (pemilik rangkaian TV Astro) yang mengendali perkhidmatan penyiaran radio Malaysia yang menguruskan lapan buah stesen radio swasta percuma yang dipancarkan melalui spektrum radio FM.
Di kalangan stesen-stesen radio yang dikendali AMP, ERA, MY FM, hitz.fm dan THR Raaga terkenal kerana masing-masing menguasai pasaran radio berbahasa Malaysia, Cina, Inggeris dan Bahasa Tamil di Malaysia semenjak mula berkumandang, walaupun baru-baru ini digugat oleh Rangkaian Radio Media Prima yang menyajikan Hot FM, One FM dan Fly FM sebagai saingan kuat sejak pertengahan dekad 2000-an.
Saluran radio [sunting]
| Stesen | Huraian | Bahasa penyampaian |
Tahun pelancaran |
Saluran Astro |
|---|---|---|---|---|
| hitz.fm | Lagu Inggeris terkini untuk golongan muda | Inggeris | 1997 | 852 |
| MIX fm | Lagu Inggeris lama dan terkini untuk golongan matang | Inggeris | 1997 | 855 |
| LiteFM | Lagu lama dan terkini yang menenangkan hati untuk golongan matang | Inggeris | 1997 | 854 |
| ERA | Lagu Melayu dan antarabangsa (khususnya terkini) untuk semua peringkat usia, tertumpu pada golongan muda | Melayu | 1998 | 856 |
| MY FM | Lagu Cina untuk semua peringkat usia | Mandarin dan Kantonis | 1998 | 853 |
| SINAR | Lagu Melayu dan antarabangsa (khususnya lama), tertumpu kepada golongan lebih tua | Melayu | 2004 | 857 |
| XFM | Lagu buatan Malaysia sahaja, khusus untuk golongan remaja bandar | Melayu | 2004 | 858 |
| THR Raaga | Rancangan Tamil untuk pantai barat semenanjung (Raaga) dan lagu Hindi (Hindi Beat) | Tamil | 2005 | 859 |
| Thr Gegar Fm | rancangan bahasa Melayu khusus untuk Pantai Timur (Gegar) | Melayu | 2005 | 859 |
- Catatan
^i THR dilancarkan dengan nama Time Highway Radio pada tahun 1994, seterusnya diambil alih oleh AMP pada tahun 2005
^ii Siaran Raaga sahaja ke seluruh negara.
Saluran yang ditutup [sunting]
| Stesen | Huraian | Bahasa penyampaian |
Tahun pelancaran |
Tahun penutupan |
Catatan |
|---|---|---|---|---|---|
| Classic Rock | Lagu rock lama dan terkini | Inggeris | 1997 | 1998 | Masih boleh didengari melalui Astro dan Internet; slot FM diganti oleh ERA |
| TalkRadio | Berita, perbualan | Inggeris | 1997 | 1998 | Slot FM diganti oleh MY FM |
|
|||||||||||||||||||||||
